Pada hari yang sama di sebelah petangnya pada jam 5.30 telah diadakan pula majlis bacaan yassin khas untuk kaum ibu yang juga antara aktiviti mingguan bagi kalangan kaum wanita cemara. Seperti dijadualkan pada kali ini di rumah No.47 Jln Cemara 11 (Pn Hasnah). Kedatangan pada hari tersebut amat baik sekali dan Pn Hasnah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir semoga majlis ini dirahmati Allah. Gambar sekitar majlis yang sempat di ambil.


Majlis bacaan yassin bermula

selesai bacaan yassin dan tahlil, acara marhaban dan bersalaman dikalangan hadirin



Terima kasih juga kepada para ustazah dari Kafa Umar Zuhdi yang sudi hadir kemajlis ini.

Pihak tuan rumah Pn Hasnah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka ini yang banyak membantu dalam membuat persiapan program sehari dari Jumaat malam hinggalah majlis selesai. Jasa kalian akan di kenang hingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment