SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Wednesday, July 28, 2010

Kenali Anggota Sektor SU1


Lawatan KP Kuala Selangor

TN Sup. Mohd Taib bersama Pengerusi Cemara West Tn Ir Kol Mohd Razip di hadapan rumah beliau di Cemara 7

...lagi bersama Sdr Kamil


Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 24 Julai 2010 selepas perjumpaan pihak IPD Kuala Selangor yang turut bersama KP Kuala Selangor dan semua anggotanya di rumah Kelab Saujana Utama. Pihak polis yang diketuai oleh KP Kuala Selangor Tn Sup Mohd Taib telah meluangkan masa mengedarkan kad pemberitahuan angota sektor utk kawasan SU1 iaitu L/Kpl Che Mohd Rohaizat. Semoga dengan lawatan sambil bermesra dengan orang awam akan menambah lagi ke akraban antara polis dan penduduk SU.

Monday, July 26, 2010

Kami cakap dan kami buat

Kerja-kerja bermula


dah mula mengerudi jalan


inilah hasilnya............sepakat menjadi berkat


Seperti yang di putusakan pada mesyuarat pada hari jumaat lalu, kami pihak KCW telah turun pada pada pagi ahad untuk mengubah suai jalan pintas kepada laluan khas basikal sahaja. Alhamdulillah berkat sokongan dari penduduk kerja-kerja yang dibuat secara gotong royong ini telah dapat di selesai pada jam 1.30 tengahari. Maka dengan ini jalan pintas para pelajar ini hanya boleh digunakan untuk basikal sahaja. Walaupun ramai penduduk KCW yang mengunakan motosikal mengunakan laluan ini namun atas nama keselamatan kami terpaksa akur dan berkorban dengan keselesaan yang di tarik balik ini.

Terima kasih juga kepada penduduk yang menyediakan makanan dan minuman untuk gotong royong kali ini.

Mesyuarat Khas KCW





Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan 23 Julai 2010 jam 9.30 malam bertempat di rumah Suhaimi telah di adakan mesyuarat tergempar dan khusus untuk membincangkan berkenaan hal ehwal keselamatan di kawasan Cemara West secara khususnya. Kedatangan seramai 18 orang pada malam tersebut menunjukkan keprihatinan para penduduk berkenaan isu keselamatan. Pada mesyuarat tersebut telah di putuskan 3 perkara seperti berikut;
1. Mengubah suai laluan pintas di belakang rumah Sdr Wadi yang menjadi laluan utama para pelajar ke sekolah menjadi laluan khas hanya untuk basikal saja. Ini di sebabkan sepanjang permerhatian penduduk terlampau banyak motosikal mengunakan jalan ini dan ianya juga menjadi alasan untuk orang luar keluar masuk ke kawasan Cemara West terutamanya pada waktu-waktu yang tak sepatutnya.

2. Cadangan kutipan oleh pihak SUTRA sebanyak RM100 utk 3 bulan bagi mengajikan RELA sebagai langkah terdekat bagi menangani kejadian pecah rumah tak kira siang atau malam. Penduduk merasakan harga yang di kenakan agak mahal dan secara majoriti mereka setuju jika di adakan rondaan 24 jam oleh RELA tapi harga yang di kenakan patut di kaji semula.

3. Penduduk bersetuju untuk mengadakan rondaan siang hari pada hari cuti Sabtu dan Ahad bermula pada 31/7/2010 bermula pada jam 12 tengahari hingga 7 malam. Ianya akan di bahagikan kepada 2 sif (12.00 - 3.30 petang & 3.30 petang - 7.00 malam). Satu kumpulan adalah seramai 4 orang. Selain pada itu pada hari bekerja para penduduk yang tak bekerja terutamanya suri rumah akan menjadi mata dan telinga terhadap persekitaran Cemara West

4. Pihak KCW akan menghantar nama dan borang permohonan kepada pihak KRT bagi mendapatkan kemudahan yang di janjikan seperti yang diberitahu semasa taklimat oleh pihak KRT.

Semoga penduduk di KCW akan terus komited dalam menangani gejala yang tak diingini ini dan sentiasa berwaspada setiap masa.

Tuesday, July 20, 2010

Tahniah kepada yang Terpilih

Tahniah kepada beberapa orang warga cemarawest yang terpilih dari 18 orang ahli jawatankuasa Surau Alhidayah sessi 2010-2013.Mereka adalah saudara Kamil, Mahfud dan Abang Rashid manakala Ustazah Wan Noriah sebagai wakil muslimat dan Pn.Noni sebagai bilal jenazah wanita.Semoga mereka semua terus komited bersama barisan ajk yang lain untuk mengaktifkan dan mengimarahkan lagi surau di kariah kita ini.

Ucapan terima kasih




terima kasih diucapkan kepada pihak polis yang telah menghantar pasukan polis bergerak dan di tempatkan di sekitar cemara west, walaupun ini bukanlah jalan penyelesaiannya sekurang-kurangnya dapatlah penduduk dapat menarik nafas lega sikit atas keprihatinan pihak polis ini. Di harapkan pasukan bergerak ini akan terus memantau bukan saja di Cemara west tapi juga di seluruh kawasan di saujana utama yang di kategorikan sebagai kawasan panas. Pihak komuniti Cemara west juga akan mengambil tindakan berjaga-jaga dengan mengerakkan semua penduduknya agar lebih bersikap berwaspada tak kira siang atau malam. Perhatikan pergerakan kenderaan atau orang perseorangan yang mencurigakan dan laporkan ke Balai Polis Saujana di talian 03-60382222.

Monday, July 19, 2010

Kita di serang @ dicabar

KITA DI CABAR!....KITA DI SERANG!...SIAL PUNYA PENYANGGAK KALAU DAPAT MATILAH...begitulah luahan rasa dari kalangan penduduk cemara west bila mendapat tahu kejadian pecah rumah baru-baru ini.

Pada malam 17 Julai 2010, Sabtu warga cemara west telah di kejut dengan berita kejadian pecah rumah di rumah Sdr Razip yang juga pengerusi KCW di cemara 7. Saya yang mendapat panggilan talifon pada jam 10 malam begitu terperanjat dan terus ke rumah beliau sambil menghubungi rakan-rakan terdekat. Pada jam 10.30 rakan2 dan jiran2 telah ramai berkumpul termasuk dari pihak SUTRA. Menurut Razip kemungkinan kejadian berlaku adalah antara jam 4.30 petang hingga ke 8.00 malam di mana mereka sekeluarga masih berada di luar. Pencuri masuk dengan memotong pagar belakang dan memecah masuk melalui tingkap tepi dengan mengumpil grille tingkap tersebut. Sejumlah wang dan barang kemas telah di ambil oleh pencuri tersebut. Polis telah datang lebih kurang sejam selepas laporan di buat dan keterangan telah di ambil.

Pada jam 11 lebih saya sekali lagi mendapat panggilan dari jiran berdekatan mengatakan mereka nampak seseorang dalam keadaan mencurigakan di lorong belakang cemara 11 pada jam 10.00 malam. Keadaan ini menambahkan rasa yang amat tidak selesa di kalangan jiran tetangga seolah-olah penyanggak ini sedang memerhatikan kita semua. Nampaknya firasat saya kali ini betul, thread dengan tajuk "Kita di Zon Selamat" yang menampakkan kebimbangan terhadap orang yang mencurigakan berkeliaran di kawasan kita ini pada waktu yang tak sepatutnya di tambah lagi dengan cerita kancil putih yang cuba memecah masuk pagar rumah sdr wadi pada hari selasa pada jam 10 pagi lebih pada 13 julai 2010. Menurut sumber, kancil putih ini di katakan agak selalu melalui jalan sekitar cemara west berdasarkan dari saksi yang melihatnya.

Saya berharap dengan berita ini dapatlah kita sama-sama berganding mahu membenteras penyanggak yang tak berhati perut. Kalau dulu pencuri masuk pada waktu malam tapi nampaknya sekarang lebih kearah pada waktu siang pula dan ianya seperti tahu pergerakkan kita semua dan mengambil kesempatan diwaktu yang amat terhad itu. Fikir-fikiranlah dan sentiasa berjaga-jaga tak kira siang atau malam. Ingat pencuri tak pernah leka tapi kita saja yang sentiasa terleka.

Tuesday, July 13, 2010

Tahniah kepada Ahli Majlis MDKS



Pihak komuniti Cemara West ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Sdr Fakharuddin Bin Ismail dari Anggerik 1, SU1 yang telah di lantik menjadi barisan Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor. watikah perlantikkan telah di sempurnakan pada 9 Julai 2010 yang baru lepas. Semoga dengan perlantikkan ini akan dapat memberi sumbangan dan juga membawa permasalahan di Saujana Utama dan taman sekitarnya ke pihak MDKS dan seterusnya dapat memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak. Sekiranya ada sebarang aduan bolehlah di hantar ke href="http://www.saujanautama.net/forum/viewforum.php?forum_id=71"

Thursday, July 8, 2010

Kita di Zon Selamat?

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas rahmatnya kerana sudah beberapa ketika keadaan di kawasan komuniti di Cemara West dalam keadaan selamat. Selamat dari pencuri-pencuri yang hanya tahu mengambil hak oranga lain dengan cara mencurinya dan bukan berdikari dengan cara yang halal. Isunya sekarang adakah kita sudah merasa amat selamat sekarang?

Beberapa minggu ini kita dikejutkan dengan beberapa kejadian pecah rumah di kawasan cemara setingkat, di kawasan anggerik 1,3 dan paling hangat sekarang di kawasan SU3. Di fahamkan kejadian pecah rumah yang terbaru berlaku di SU3 berlaku pada waktu malam, pencuri masuk ikut pintu belakang dan kehilangan barangan dan duit berjumlah RM4000.00. Tapi ini bukan sekadar cerita kehilangan duit saja tapi trauma yang dihadapi penghuninya disebabkan kejadian tersebut.

Di kawasan Cemara west juga pernah berlaku perkara tersebut di ikat, di acu pisau, isteri kena ugut, hilang duit, hilang motor cumanya belum lagi di kacau anak dan isteri saja, alhamdulillah. Kalau sebaliknya tak taulah bagaimana traumanya si penghuni tersebut.

Untuk pengetahuan semua pada hari Isnin yang lepas bersamaan 5 Julai 2010 pada jam 10.15 malam sewaktu seorang penduduk cemara west pulang dari mengambil anak tuisyen beliau telah terserempak dengan seorang bermotosikal seorang diri keluar dari lorong belakang rumah antara cemara 7 dan 11, motosikal jenis honda cup lama bernombor ACL 3390 dalam keadaan mencurigakan dan kelihatan seperti warga indonesia saja bersluar pendek dan baju kemeja. Motor ini telah di ekori dari jarak jauh dan akhirnya sampai ke jalan besar dan menuju kearah merbau sempak. Persoalannya kalau dia orang luar kenapa dia datang jauh semata-mata nak ronda belakang rumah kita yang menyebabkan ianya lebih mencurigakan.

Saya berharap dan memberi ingatan kepada semua warga cemara west agar sentiasa bersikap berhati-hati setiap waktu tak kira waktu terutamanya waktu malam. Tips ringkas sebagai ingatan;
1. pintu anda telah di kunci.
2. Pagar rumah telah di tutup dan di kunci jika perlu.
3. pagar belakang rumah jika ada juga telah di kunci.
4. lampu belakang atau depan rumah di pasang jika anda rasa tak berapa selamat dan boleh bertukar giliran dengan jiran anda.
5. Sentiasa perhatikan orang luar yang mencurigakan yang berlegar di kawasan cemara west terutamanya di waktu yang tak sepatutnya.
6. Beritahu jiran anda jika anda dan keluarga ke luar daerah.

Tulisan ini sebagai tanda ingatan buat semua agar tidak lalai kerana penyangak tak pernah lalai.

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09