SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Thursday, November 27, 2008

Berita CW di Sinar Harian

Dah dapatkan akhbar Sinar Harian hari ini? kalau belum cepat pegi kat kedai terdekat masih ada masa lagi. Terbaru liputan dari Sinar Harian mengenai Projek komuniti membuat mural dengan kerjasama SK Saujana Utama. Keratan akhbar yang telah di scan.


Pls click at the picture to enlarge size

Sunday, November 23, 2008

Projek Mural@SKSU part II

Seperti yang dirancangkan pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 22 Nov 2008 jam 9.30 pagi kerja-kerja menyiapkan projek mural ini telah berjalan. Keadaan cuaca yang baik membolehkan kerja mewarna berjalan lancar. Pada jam 1.00 tengahari mural ini telah diserahkan kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Cikgu Amiruddin selaku Penolong Kanan 1 dan juga Cikgu Noraini selaku Penyelia Petang manakala di pihak kami diwakili oleh Sdr Ir Razip selaku Pengerusi dan Sdr Suhaimi selaku Naib Pengerusi juga disaksikan oleh sebahagian sukarelawan Cemara West.

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat dari awal hingga siapnya projek mural ini antaranya Sdr Kudin yang memberikan sumbangan lakaran dan telah dilukis semula oleh Sdr Samrin ke dinding sekolah dan seterusnya diwarnakan secara gotong royong oleh Sdr Razip, Suhaimi, Hashim, Halim,Razak, Rahim,Wadi, cikgu Zamri, Azhar, Solihin,Khaironi,Kamil, Bang Harun,Sdr Redha,Pn Noni, Yah dan Hasnah juga sesiapa yang saya terlupa sebut nama mereka.

Penyerahan Kepada Wakil SKSU


Inilah dia hasilnya.......


Uniknya........


Laman blog kami http://cemarawest7911.blogspot.com

Monday, November 17, 2008

Projek Mural@SKSU part 1

Pada 16hb Nov 2008 komuniti Cemara West meneruskan projek kemasyarakatan dan kali ini adalah projek membuat mural di SKSU. Terima kasih kepada Guru Besar En Nor Hamshah yang telah memberi kebenaran untuk pihak Cemara West menjalankan projek ini. Kerja-kerja melakar telah bermula pada petang hari Sabtu 15 Nov 2008 dan kerja mewarna telah dijalan pada awal pagi keesokan harinya. Hampir 85% kerja mewarna telah siap namun disebabkan hujan yang begitu lebat kerja mewarna terpaksa dihentikan dan akan disiapkan selewat-lewatnya pada hari Sabtu ini bersamaan 22 Nov 2008 . Terima kasih diucapkan kepada Pn Noni, Pn Yah & Pn Hasnah kerana turut membantu dan juga menyediakan minuman dan masak mee goreng untuk para sukarelawan.
Sebelum cat jam 9.30 pagi
Jam 6.00 petang

Perasmian Kerja Mengecat

Sekitar aktiviti mengecat


Cemara West Di Sinar Harian

Sekiranya pada awal penubuhan komuniti ini hanyalah sekadar untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat saja tetapi setelah beberapa tahun di tubuhkan ianya masih kekal dengan objektifnya dan terus menerima suntikan baru dari segi keperluan, pengisian program dan juga melebarkan sayap untuk memberikan khidmat masyarakat. Kami bukan sentiasa memikirkan program-program yang boleh menarik minat ramai tetapi juga boleh memberi impak kepada masyarakat sekeliling bahawa ianya boleh dijalankan oleh sesebuah komuniti. Apa yang penting keinginan dan kesungguhan pengendali komuniti itu sendiri. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada akhbar Sinar Harian yang sentiasa memberikan sokongan kepada program-program yang kami jalankan sepanjang tahun ini.









Monday, November 10, 2008

MESYUARAT BULANAN KOMUNITI CEMARA WEST




MESYUARAT BULANAN (bil.6/2008)

Tarikh: 8 november 2008
Lokasi : No.47 jln cemara 11
Senarai kehadiran:19 orang

Bil. Nama Alamat

1. En.Razip 98 cemara 7
2. En.Suhaimi 66 cemara 11
3. En. Zambri 68 cemara 11
4. En.Samrin 47 cemara 11
5. Pn.Noni 46 cemara 11
6. Ustaz Khaironi 112 cemara 7
7. En.Rashid 80 cemara 7
8. En.Hashim 45 cemara 11
9. En.Harun 67 cemara 11
10. En. Azmi 57 cemara 11
11. En. Zambri 61 cemara 11
12. En. Ramlee 33 cemara 11
13. En. Solihin 55 cemara 11
14. En.Razak 16 cemara 9
15. En.Pozi 69 cemara 11
16. En.Samsul 50 cemara 11
17. En.Azhar 64 cemara 11
18. En.Kamil 92 cemara 7
19. En.Zainuddin 9 cemara 11


PROGRAM TAHUNAN 2008/2009

1. Cadangan Mural Sekolah Kebangsaan Saujana Utama pada 16 november 2008
2 . Lawatan sambil belajar pada 22 november 2008.
3 . Bulan sukan pada bulan Disember 2008
4. Jamuan Tahunan pada 7 Febuari 2009

MAJLIS BACAAN YASSIN DI RUMAH PN HASNAH







8November 2008.Kumpulan yassin Cemara meneruskan xtvt mingguan dengan mengadakan majlis bacaan yassin.Kali ini giliran rumah pn Hasnah,isteri kepada sdra samrin.Lokasinya di no.47 Cemara 11.xtvt ini diadakan setiap 2 minggu pada hari Sabtu jam 5 petang.Lokasi majlis diadakan berdasarkan permintaan ahli kumpulan.Ahli terdiri dari mereka yang tinggal disekitar Cemara 4,5,7,9 dan 11.Mula ditubuhkan pada awal tahun 2006 hinggalah sekarang.Ahli kumpulan Yassin Cemara telah mencecah ke angka 40 orang setakat ini.

Selain xtvt bacaan yassin, ahli kumpulan ini juga terlibat dalam mengendalikan majlis makan disekitar cemara west.Kami juga akan mengunjungi ahli yang baru bersalin dan yang sakit.

Sunday, November 9, 2008

Marhaban ya Marhaban




Sebagai melengkapkan tradisi kumpulan Yassin Cemara,majlis marhaban dari rumah ke rumah telah diadakan pada 25 oktober 2008.Majlis bermula seawal jam 9 pagi dirumah pn As di cemara 4.Kemudian diteruskan kebeberapa rumah di sekitar Cemara 4.
Perjalanan diteruskan lagi ke Cemara 5 bermula dirumah pn Yah,di ikuti dengan rumah pn Laily di Cemara 7.Jalan terakhir kami kunjungi ialah Cemara 11.Bermula dari rumah pn mala,pn Ana,pn Hasnah,pn Nik,pn Noni,pn Yah,pn Dila,pn su,pn SyikinS,pn Ina,pn Salina dan pn SyikinR.
Tahun ini kemeriahan lebih terasa lagi dengan kehadiran kanak-kanak mengiringi alunan selawat.Majlis bacaan Yassin pada 8 november dirumah Pn Hasnah di 47 cemara 11 membuka tirai sebagai rumah pertama memulakannya selepas ianya dihentikan sementara waktu kerana bulan ramadhan dan syawal.

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09