SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Wednesday, November 11, 2009

Bakal haji ke-3 : Azmi & Yati

Alhamdulillah pada tahun ini Allah telah murahkan rezeki dikalangan kejiranan Cemara West sebab tahun ni saja ada 3 pasangan yang mendapat jemputan untuk menjadi tetamu Allah di Kota Suci Mekah dan pasangan terakhir adalah Sdr Azmi dan isterinya Yati yang tinggal di No. 57 Cemara 11 telah disahkan sebagai jemaah haji walaupun mendapat tahu di saat akhir. Kami di beritahu bahawa secara rasmi mereka tahu mereka dapat pergi haji adalah pada hari jumaat lepas bersamaan 6 nov 2009 dan pada hari ini Rabu 11 nov 2009 pada jam 7.30 pagi tadi mereka telah bertolak ke tanah suci Mekah. Dengan hanya beberapa hari saja mereka telah bertungkus lumus menyediakan persiapan untuk ke sana dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang mereka mahukan.

Walaupun mereka tahu mereka di jangka akan dapat pergi haji beberapa tahun akan datang tetapi atas kehendak yang kuat dan niat mereka yang ikhlas dan suci, Allah telah makbulkan niat mereka untuk pergi pada tahun ini juga dan kami diberitahu bahawa mereka memang membuat persiapan untuk pergi pada tahun ini juga walaupun hanya tahu pada saat akhir saja.

Kami rakan-rakan dari Cemara West mengucapkan selamat kepada beliau dan isteri semoga akan selamat pergi dan balik dengan haji yang sempurna. Mereka di jangka akan pulang ke Malaysia pada tanggal 21 Dec 2009. Sekitar kunjungan mesra dari jiran-jiran di Cemara West pada malam semalam sebelum beliau berangkat pergi.

Bakal haji, Azmi & yati yang sentiasa tersenyum manis saja

doa selamat ringkas oleh jiran-jiran yang hadir


jiran-jiran wanita dari wakil cemara west juga turut hadir

jamuan ringkas untuk yang hadir bersama tuan rumah

lagi sembang-sembang bersama jiran-jiran...banyak cerita tu

ucapan selamat buat azmi dan yati

Sunday, November 8, 2009

Bakal haji : Kak Wan dan Anaknya Cik Bushrra

Bakal haji ke 2 di komuniti Cemara West adalah isteri Ustaz Dr Zaki yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan dan anak sulong, Cik Bushrra bakal mengerjakan ibadah haji pada tahun ini dan dijadualkan berangkat pada 14 November 2009 bersamaan hari Sabtu. Majlis kenduri kesyukuran yang diadakan pada hari ahad 8 November 2009 di kediaman beliau di Cemara 9 ini adalah khas sempena pemergian Kak Wan dan anaknya. Kami di warga Cemara West mengucapkan selamat pergi dan kembali kepada Kak Wan semoga mendapat haji yang sempurna. Ramai jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai yang telah hadir pada majlis ini. Alhamdulillah.
Gambar sekitar majlis berkenaan.

Bakal haji Kak Wan dan anak sulongnya Cik Bushrra

Ustaz Zaki menyambut tetamu sebelum majlis bermula


Bacaan doa selamat oleh Ustaz Zaki

Tetamu menjamu selera

Saturday, November 7, 2009

Majlis Bacaan Yassin Di rumah Pn. Nik

Aktiviti Yassin Cemara diteruskan lagi dan kali ini dirumah Pn Nik di alamat No.48 Cemara 11, program bermula selepas solat asar lebih kurang jam 5.30 petang hari Sabtu 7 November 2009. Walaupun keadaan hujan renyai-renyai tapi majlis bacaan Yassin berjalan dengan lancar dan telah berakhir lebih kurang jam 6.30 petang. Terima kasih kepada para tetamu dan jiran tetangga yang telah menghadirkan diri. Sekitar gambar majlis tersebut.





Tuesday, November 3, 2009

MAJLIS BACAAN YASSIN DI RUMAH PN NAJAH

Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 31 Oktober 2009 telah di adakan majlis bacaan yassin di rumah Pn Najah beralamat di No.12 Cemara 11. Majlis yang bermula selepas solat asar telah memberi peluang kepada jiran tetangga untk turut memeriahkan program kali ini walaupun di rancang pada saat akhir. Alhamdulillah semua telah selamat dengan jaya. Tahniah kepada semua yang terlibat semoga akan terus bersama-sama menghidupkan program sebegini. Sekitar majlis berkenaan.





Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09