SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Saturday, September 12, 2009

majlis Berbuka dan kacau Dodol Cemara West

Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 5 September 2009 telah diadakan majlis berbuka puasa dan juga mengacau dodol untuk kali ke 3. majlis yang bermula dari pukul 6 petang itu telah mendapat sambutan yang baik dari semua warga Cemara West. Majlis di mulakan dengan berbuka puasa bersama jiran tetangga cemara west dan diikuti sembahyang maghrib berjemaah beramai-ramai. Tepat jam 10.30 malam acara mengacau dodol dan membuat sagun telah bermula. Pihak KCW telah menyediakan 3 kawah untuk dodol dan 1 kawah untuk sagun. Acara sungguh meriah sekali namun cabaran tahun ini agak hebat kerana tiba-tiba hujan dan angin bertiup kencang namun ianya tak mematahkan semangat kami untuk terus menyiapkan dodol dan sagun.

Lebih kurang jam 3 pagi sagun telah siap dimasak dan juga telah siap di bungkus manakala dodol masih diteruskan ssehingga siap semuanya pada jam 7 pagi. Pihak KCW juga telah menyediakan makanan bersahur untuk para sukarelawan yang bertahan sehingga ke pagi dan pada jam 8.30 pagi semua kerja mengemas dan menghantar barangan yang di pinjam dissurau telah dapat di pulangkan. Manakala kerja-kerja membungkus dodol telah dijalankan oleh kaum wanita dan siap pada pukul 11.30 pagi. Semua dodol dan sagun yang telah siap di bungkus telah dihantar ke semua rumah di kawasan KCW.

Tahniah diucapkan kepada semua yang bersama-sama menjayakan program kemasyarakatan ini dan diharap kita akan membuat program yang lebih menarik lagi sepanjang tahun ini. Gambar sekitar program ini







Acara membuat sagun oleh kaum wanita




Acara membuat dodol juga bermula serentak sebanyak 3 kawah





tetiba saja angin kencang diikuti hujan


pegang bang nanti payung terbang







Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09