SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Sunday, October 25, 2009

Bakal haji : Bg Rashid & Kak Zehan

Alhamdulillah hari ini Ahad 25 Oktober 2009 di rumah Bang rashid dan Kak Zehan telah selesai program membaca Yassin dan doa selamat sempena pemergian beliau suami isteri ke tanah suci mekah bagi menjalankan rukun islam ke-5. Kami di Cemara West mengucapkan agar beliau suami isteri akan selamat pergi dan selamat kembali dan mendapat kejayaan dalam mendapatkan haji yang mahbrur. Beliau dan isteri akan berangkat pada 29 Oktober 2009 dan akan melaporkan diri di tabung haji Kelana Jaya pada jam 9.30 malam dan dijangka pulang ke tanah air pada 12 Disember 2009 jam 8.30 pagi. Gambar sekitar majlis doa selamat

Pasangan bahagia Abang Rashid dan kak Zehan yang tersenyum manis saja

Ucapan dari ayahanda Bang Rashid sebelum majlis bermula

bacaan yassin bermula



Ucapan dari Bang Rashid


bersama rakan-rakan seperjuangan

MAJLIS YASSIN TAHLIL DI RUMAH PN SAPIAH

Pada hari Sabtu 24 Oktober 2009 telah diadakana majlis bacaan yassin dan tahlil arwah di rumah 45 Cemara 11 atas jemputan tuan rumah Pn Sapiah. Program ini adalah merupakan aktiviti yang telah lama di laksanakan di kawasan Cemara ini dan ianya khas untuk kaum wanita saja. Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan bercuti sempena Ramadhan dan Syawal maka program ini nampaknya telah bergerak kembali dan tunggu saja jemputan akan datang yang akan di kemas kini oleh admin. Bagi pihak tuan rumah, Pn Sapiah mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas kesudian jiran tetangga untuk hadir ke majlis beliau ini.

Sekitar gambar pada majlis tersebut.








Monday, October 19, 2009

Marhaban Raya 2009

Pada hari ahad yang lepas 18 oktober 2009 bersamaan dengan 29 Syawal pihak wanita cemara west dan yassin cemara telah mengadakan program marhaban dari rumah ke rumah. Program yang diadakan seawal jam 9 pagi telah bermula di rumah kak Sal di cemara 7. Pelbagai juadah telah disediakan oleh pihak tuan rumah yang menyertainya namun di galakkan untuk tidak menyediakan makanan yang berat. Program tahunan ini telah mendapat sambutan yang amat baik sekali dan ada di kalangan rakan-rakan dari SU2 juga turut memeriahkan lagi program kali ini. Sebanyak 21 rumah telah menyertainya pada kali ini dan acara marhaban ini telah tamat pada jam 1.45 petang. Semoga semangat kejiranan ini akan terus kekal dikalangan komuniti cemara west dan sekitarnya.

Tahniah diucapkan kepada individu yang mengerakkan program ini dan tahniah kepada semua yang terlibat. gambar sekitar program tersebut dan nantikan slide untuk keseluruhan gambar2.

dirumah kak sal........gambar beramai-ramai

sebab rumah pertama maka hidangannya juga istimewa....terima kasih kak sal & bang Lan










Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09