SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, May 18, 2009

Aqiqah part 1

Seperti yang diwarwarkan hari Ahad 17 Mei 2009, Bang Lan dan Kak Sal telah mengadakan majlis aqiqah untuk cucu pertama beliau dan kami dipihak komuniti Cemara West mengucapkan tahniah untuk beliau. Walaupun tarikh bertembung dengan majlis gotong royong namun semuanya dapat diatasi atas dasar kerjasama kejiranan. Pada petang hari Sabtu yang lepas beberapa warga Cemara West telah turun untuk menolong menyembelih dan melapah seekor kambing aqiqah untuk majlis tesebut. Kambing yang dibeli dari kebun belaan Hashim yang berdekatan dengan tempat kami. Kerja yang bermula pada jam 5.15 dapat selesaikan sejam kemudian dan semua daging telah dibawa kerumah tukang masak yang juga warga Cemara West untuk kerja-kerja selanjutnya. Gambar sepanjang kerja melapah


No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09