SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, June 29, 2009

Majlis Bacan Yassin dirumah Puan Zaiton

Majlis Bacaan Yassin diteruskan lagi minggu ini.Kali ini giliran rumah Puan Zaiton ,50 Cemara 11.Majlis Yassin dan doa selamat diadakan sempena meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 20 tahun.Ucapan tahniah diterima dari semua sahabat yassin yang hadir.Tahniah sekali lagi dari kami.Gambar sekitar majlis yang sempat diambil.









Wednesday, June 10, 2009

Hutan Lipur Lentang - Episod akhir

Entri terakhir ini sekadar ingin berkongsi maklumat sekiranya ada di kalangan rakan-rakan, jiran tetangga atau yang terbaca blog ini yang inginkan sedikit maklumat dan gambaran bagaimana keadaan dan juga kemudahan yang di sediakan di Hutan Lipur ini. Secara umum, kemudahan di sini dilengkapi dengan tandas, surau, gerai makanan, kedai makan, pejabat pengurusan, kemudahan letak kereta dan yang penting tempat mandi manda amat selamat dan mudah bagi pengunjung yang membawa anak-anak kecil. Masa perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam amat sesuai untuk percutian keluarga dan tidak perlu membuang masa yang lama dalam perjalanan.

Bagi yang berminat untuk bermalam terdapat beberapa lokasi yang telah disediakan dan amat bersesuaian sekali. So apa lagi......jom cuti-cuti Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh juga ke laman web Hutan Lipur lentang.











Wajah sana sini@Hutan Lipur Lentang

Wajah-wajah yang sempat kami ambil sebagai kenangan buat semua sepanjang program kami ini.Mungkin tak semua wajah dapat dipaparkan tapi sekurang-kurangnya inilah kenangan kami.

adik Daniel yg masih berkain baru saja lepas berkhatan bersama abangnya akmal

Wajah ceria para ibu yang ikut serta program kami ini

anak-anak juga tak ketinggalan merakamkan kenangan di pagi hari sesudah sampai

daniel dan aqil.....

...dari dekat udin, afiq,akmal dan alif

...fatihah, aliya, natrah, najlaa, aqil,nana.....

din 10210....yang lain tu malu tu tak nak sebut namanya

....sedang berendam ye

apalah yang dibuat oleh cik kak ni

Geng KCW@Hutan Lipur Lentang part 5

Pagi Ahad 7.6.2009, seawal 7.30 pagi semua keluarga temasuk anak-anak telah bangun dan pastinya di awal pagi apa yang mereka cari adalah makanan untuk dimakan. Menu pagi ini adalah mee goreng dan nasi goreng yang disediakan oleh Samrin dan Noni. Nampaknya disini apa juga makanan yang disediakan pasti akan habis punya, maklumlah makan ramai-ramai dan berebut pasti terbuka selera kita nak makan. Selesai saja sarapan pagi, apa lagi semua pakat-pakat terjun dan berendam dalam sungai la, memang menyeronokkan. Program berakhir pada jam 2.50 petang dan kami pun berangkat pulang ke Saujana Utama. Satu pengalaman yang indah dan pasti kami akan datang lagi ke tempat ini.

ramai peminat chef ni......

makan semua ye...jangan malu-malu tau


sekitar sungai tempat kami bermandi manda






Tuesday, June 9, 2009

Geng KCW@Hutan Lipur Lentang part 4

Sementara menunggu malam, pelbagai persiapan telah dibuat jika kaum wanita sibuk dengan mengoreng kerepek pisang tanduk manakala yang lelaki sibuk dengan menggumpul kayu untuk dibuat unggun api. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua menyebabkan semua kerja berjalan dengan lancar dan cepat. gambar sekitar waktu senja membawa ke malam dengan pelbagai aktiviti untuk semua.

.....sambil borak sambil goreng kerepek pisang tanduk, memang sedap la makan panas-panas


yang lelaki sibuk buat unggun api...tengok la si Din tu tengah cuba menyalakan api dengan cara lama


sibuk buat persiapan BBQ pulak

masa untuk BBQ




surprise..........happy birthday buat Noni, simbolik lilin diberikan oleh anak-anak beliau

Acara yang ditunggu-tunggu -teka bahasa isyarat...apalah agaknya adik aliya nak tunjuk

Yah tengah nak start motor ke?

solihin buat apa tu

azli tengah buat demo

Manakala acara kotak beracun -aliya kena gelek dangdut tu

afiq kena cium tiang

Kak Long anak Solihin kena nyanyi lagu sekolah

Atah kena jadi nenek kebayan.......tapi yang penting semua memang spotting la

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09