SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Wednesday, May 6, 2009

Keputusan Mesyuarat 5 Mei 2009

Pada malam semalam 5 Mei 2009 jam 9.30 malam bertempat di rumah Sdr Shuhaimi No. 66 Cemara 11 telah diadakan mesyuarat susulan berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan. Dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan atas persetujuan ramai seperti berikut;

1. Program Gotong Royong & Program Kitar Semula
Tarikh : 17 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat Berkumpul : Koner Seven Eleven@Koner Kambing
Keperluan : Bawa peralatan yang bersesuaian

Program ini terbuka untuk semua penduduk tak kira lelaki atau perempuan dan anak-anak juga digalakkan turut serta sebab kita akan sediakan hadiah bagi kanak-kanak yang mengutip sampah terbanyak. Fliers akan diedarkan dalam minggu ini untuk program terperinci.

2. Program Bulan Bahasa, Pertandingan Memasak Untuk Kaum Bapa & Gubahan Bunga Kaum Wanita.

Setelah dibincangkan secara terperinci, program ini akan dijalankan pada hari yang sama bagi memudahkan penyediaan tempat dan juga logistik.
Tarikh dicadangkan : 25 Julai 2009
Tempat : Koner Seven Eleven @koner kambing
Masa : 8.00 - Pertandingan memasak dan gubahan
8.30 malam - Program Bulan bahasa

Pihak Pengurusan KCW akan membuat pengumuman dari masa ke semasa dan fliers juga akan disediakan kerana program ini agak besar kerana ada beberapa sponsorship luar yang akan turut serta dalam program ini.

3. Program Bestari Cemara West 2009
Sebagai tindakan susulan dari program yang telah dilancarkan 2 tahun lepas, pihak KCW pada tahun ini telah mengambil langkah awal demi memastikan kecemerlangan anak-anak di komuniti ini. KCW akan mengumpulkan contoh-contoh soalan bagi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dari mana-mana sekolah dari seluruh negara yang kita boleh dapati dari rakan, kenalan, sauadara mara dan sebagainya. Semua soalan contoh ini akan di bukukan dan diedarkan secara percuma kepada anak-anak yang terlibat dalam peperiksaan. Pihak KCW dalam proses membuat pengumpulan data anak-anak yang terlibat dalam peperiksaan pada tahun ini.

Kedatangan pada malam semalam seramai 16 orang dan mereka adalah Fuad, Azmi, Ismail, Solihin, Cikgu Zamri, Ust Zaki, Amir, Shamsul, Pn Zaiton, Pn Noni,Shuhaimi, Wadi, Harun, Zainuddin, Samrin & Razip. Sdr Razak, Fozi, Kamil, Bang Rashid, Mahfuz & Rofi ada menghantar sms kerana tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan agar terus menyokong program kemasyarakatan tanpa mengharapkan balasan sebab tanpa komitmen dikalangan penduduk sudah pasti KCW tidak akan berjaya. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11.35 malam.

No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09