SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI
Showing posts with label xtvt wanita. Show all posts
Showing posts with label xtvt wanita. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Selamat hari ibu buat semua

Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu di komuniti Cemara West

Program Yassin Di rumah Pn Laili

Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 8 Mei 2010 telah berlangsung program yassin Cemara di rumah Pn Laili di Cemara 7 walaupun hujan agak lebat pada pukul 4 petang namun telah reda pada pukul 5 lebih dan program yassin ini dapat berjalan dengan lancar dan alhamdulillah kerjasama erat di kalangan wanita Cemara ini amat baik sekali.



Wednesday, April 21, 2010

Program Yassin di rumah Puan Ana



Program yassin kembali lagi setelah berehat buat seketika dan kali ini di rumah Pn Ana Zuraida isteri kepada din 10210. Majlis bermula selepas solat asar pada hari sabtu 3/4/2010 yang lalu. Semoga program permulaan ini akan terus mendapat sambutan dari kalangan ahli yassin cemara.

Monday, January 25, 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN DIRUMAH PN.ZARIN

Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 23/1/2010 telah diadakan program bacaan Yassin wanita Cemara yang telah diadakan di rumah No. 18 Cemara 11, Puan Zarin. Alhamdulillah setelah beberapa ketika berehat maka program mingguan ini kembali semula untuk tahun 2010. Kepada individu yang duduk di Cemara dan ingin menyertai program ini boleh berhubung dengan Pn Zaiton di rumah No. 50 Cemara 11. Sekitar gambar majlis bacaan Yassin.






Saturday, November 7, 2009

Majlis Bacaan Yassin Di rumah Pn. Nik

Aktiviti Yassin Cemara diteruskan lagi dan kali ini dirumah Pn Nik di alamat No.48 Cemara 11, program bermula selepas solat asar lebih kurang jam 5.30 petang hari Sabtu 7 November 2009. Walaupun keadaan hujan renyai-renyai tapi majlis bacaan Yassin berjalan dengan lancar dan telah berakhir lebih kurang jam 6.30 petang. Terima kasih kepada para tetamu dan jiran tetangga yang telah menghadirkan diri. Sekitar gambar majlis tersebut.





Sunday, October 25, 2009

MAJLIS YASSIN TAHLIL DI RUMAH PN SAPIAH

Pada hari Sabtu 24 Oktober 2009 telah diadakana majlis bacaan yassin dan tahlil arwah di rumah 45 Cemara 11 atas jemputan tuan rumah Pn Sapiah. Program ini adalah merupakan aktiviti yang telah lama di laksanakan di kawasan Cemara ini dan ianya khas untuk kaum wanita saja. Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan bercuti sempena Ramadhan dan Syawal maka program ini nampaknya telah bergerak kembali dan tunggu saja jemputan akan datang yang akan di kemas kini oleh admin. Bagi pihak tuan rumah, Pn Sapiah mengucapkan berbanyak terima kasih ke atas kesudian jiran tetangga untuk hadir ke majlis beliau ini.

Sekitar gambar pada majlis tersebut.








Monday, October 19, 2009

Marhaban Raya 2009

Pada hari ahad yang lepas 18 oktober 2009 bersamaan dengan 29 Syawal pihak wanita cemara west dan yassin cemara telah mengadakan program marhaban dari rumah ke rumah. Program yang diadakan seawal jam 9 pagi telah bermula di rumah kak Sal di cemara 7. Pelbagai juadah telah disediakan oleh pihak tuan rumah yang menyertainya namun di galakkan untuk tidak menyediakan makanan yang berat. Program tahunan ini telah mendapat sambutan yang amat baik sekali dan ada di kalangan rakan-rakan dari SU2 juga turut memeriahkan lagi program kali ini. Sebanyak 21 rumah telah menyertainya pada kali ini dan acara marhaban ini telah tamat pada jam 1.45 petang. Semoga semangat kejiranan ini akan terus kekal dikalangan komuniti cemara west dan sekitarnya.

Tahniah diucapkan kepada individu yang mengerakkan program ini dan tahniah kepada semua yang terlibat. gambar sekitar program tersebut dan nantikan slide untuk keseluruhan gambar2.

dirumah kak sal........gambar beramai-ramai

sebab rumah pertama maka hidangannya juga istimewa....terima kasih kak sal & bang Lan










Tuesday, July 21, 2009

Program Yassin Di rumah Pn Zura Kamil

Pada 11 Julai yang lalu telah di adakan program mingguan Yassin oleh Kumpulan Yassin Cemara dan kali ini giliran rumah Pn Zura di Jalan Cemara 7 juga isteri kepada Kamil yang aktif dalam program komuniti dan juga aktiviti surau. Majlis yang berlangsung selepas asar telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran ramai penduduk sekitarnya. Gambar sepanjang program tersebut




Monday, May 18, 2009

Majlis Aqiqah part 2

Majlis aqiqah yang bermula pada jam 10 pagi telah dimulakan dengan program berzanji kaum wanita gabungan Kum. Berzanji SU2 dan Kum. Yassin Wanita Cemara dan seterusnya dengan bacaan Yassin oleh para kaum wanita. Acara yang meriah ini telah berlangsung dari 10 pagi hinggalah selesai majlis makan pada jam 3 petang. Ramai jiran tetangga dari Cemara West telah hadir begitu juga dari kalangan saudara mara dari pihak tuan rumah. Tahniah sekali lagi buat Abang Roslan dan Kak Sal (No 114 Cemara 7) dengan kehadiran cucu pertama mereka. Sekitar gambar di majlis tersebut;

Majlis berzanji dan Yassin



sebahagian kumpulan Berzanji dari SU2 dengan pakaian seragam mereka

Kak Sal bersama cucu tersayang

Acara meletak manisan kurma ke mulut bayi

Acara menjamu selera bermula oleh para jemputan

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09