Sdr Razip juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MDKS yang diwakili oleh sdr Rosli yang sudi menghantar 2 buah lori, peralatan untuk gotong royong dan juga beberapa orang pekerja dari Alam flora untuk melicinkan lagi perjalanan program ini.
Selepas bacaan doa oleh ustaz Zaki maka acara gotong royong telah dimulakan. Pada kali ini pembersihan lebih tertumpu kepada longkang besar sekeliling KCW, mencantas dahan-dahan pokok yang menganggu lalu lintas dan juga memotong rumput di rumah yang tak berpenghuni dimana lalang sudah tinggi bagi mengelakkan menjadi sarang kepada binatang berbisa dan juga mungkin tempat pembiakan nyamuk aedes. Semua kerja-kerja dapat diselesaikan lebih kurang jam 12.30 tengahari dan hasil jualan untuk barang kitar semula sebanyak RM150.00. Diucapkan tahniah kepada semua yang terlibat kerana sesungguhnya anda telah menyempurnakan satu tanggungjawab sosial. Sekitar program tersebut;
Di awal pagi semua warga cemara west berkumpul di koner 7 eleven, sambil membawa barangan untuk dikitar semula
sessi taklimat oleh Ir Razip selaku Pengerusi KCW
Bacaan doa oleh Ust Zaki
gambar beramai-ramai sebagai kenangan
Semua dah siap sedia untuk berperang dgn sampah
Sdr Hashim
Sdr Azmi
Zainuddin ten2ten
sebelum bermula pastikan ambil tuala dan sarung tangan yang telah disediakan
Bantuan MDKS dari segi peralatan amat kami hargai, terima kasih Sdr Rosli selaku penyelia kawasan SU bagi pihak MDKS
Cenderahati untuk kanak-kanak/remaja kerana dapat kumpul sampah terbanyak
No comments:
Post a Comment