SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Wednesday, October 12, 2011

Majlis Ramah Mesra Pasca Aidilfitri- Disebalik tabir

Di kesempatan ini bagi pihak Komuniti Cemara West sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, memang ramai yang terlibat dari peringkat awal lagi bermula dari perjumpaan demi perjumpaan hinggalah ke hari jumaat malam pada 30/9/2011 bergotong royong mengambil barang-barang yang di pinjam dari pihak surau dengan sedikit bayaran sebagai sumbangan untuk tabung surau. Kerja-kerja tersebut selesai lebih kurang jam 11.30 malam. Seawal jam 6 pagi pada 1/10/2011 petugas yang sukarela untuk membeli barangan basah telah mula keluar untuk membeli di pasar borong Meru dan sampai semula ke Saujana pada pukul 9.30 pagi. Maka bermulalah acara potong memotong dan persediaan awal untuk membuat menu utama iaitu lemang, nasi impit, kuah kacang, rendang daging dan ayam. Sesungguhnya kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini amatlah besar sekali. Masing-masing ada peranan tersendiri.

Inilah sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil walaupun ramai yang tak masuk dalam gambar ini.








Tuesday, October 4, 2011

Majlis Ramah Mesra Pasca Aidilfitri

Alhamdulillah dengan keizinannya, maka pada hari sabtu yang lalu bersamaan 1/10/2011 bermula jam 8 malam, pihak penduduk komuniti Cemara west telah beramai-ramai menjayakan Majlis Ramah Mesra Pasca Aidilfitri 2011. Atas usaha dan kegigihan para penduduknya majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan pelbagai aktiviti sampingan telah dijalankan sepanjang majlis tersebut terutamanya bagi kanak-kanak. Juadah utama pada malam tersebut adalah lemang, rendang daging dan ayam juga ketupat segera yang kami sediakan secara gotong royong seawal jam 9 pagi sehinggalah selesai semuanya.

Sesungguhnya tiada kepuasan yang dapat dinikmati selain majlis yang dianjurkan mendapat sambutan baik dari penduduk.Ucapan terima kasih kepada pengerusi SUTRA Sdr Zakri Iskandar juga pengerusi Surau Alhidayah kerana sudi hadir kemajlis kami.

Ucapan terima kasih kepada seluruh warga Komuniti Cemara West yang telah bersama-sama menjayakan majlis kali ini kerana tanpa usaha anda semua pasti majlis ini tidak kemana.

gambar sekitar majlis tersebut.



penduduk komuniti cemara west mula mengisi ruang kerusi yang disediakan








Masa menjamu selera............jom makan






hmmmpppphhhh........sedapnya la




Pengerusi Surau Alhidayah sedang menikmati hidangan....apalah geli hati tu


Acara selingan untuk kanak-kanak dan ibubapa....memang njoy mereka.






Penyampaian pelbagai hadiah dan cabutan bertuah dikalangan penduduk









anak bujang yang banyak membantu pada malam tersebut...tahniah

Wednesday, September 28, 2011

Majlis Ramah Mesra Pasca Aidilfitri



untuk besarkan image klik di gambar.

Tuesday, August 16, 2011

Terima kasih Jabatan Pertahanan Awam

Pada 15/8/2011 bersamaan hari isnin pihak komuniti cemara west telah memanggil bantuan dari jabatan pertahanan awam untuk membantu memusnahkan sarang tebuan tanah di belakang rumah no. 47 cemara 11. Pasukan terdiri 4 orang ini telah sampai lebih kurang jam 10 malam dari Kuala Selangor. Sarang tebuan tanah yang bersaiz agak besar ini amat merbahaya dan telah menyengat 2 orang penduduk di kawasan tersebut dan sebelum ianya akan memudaratkan lebih ramai lagi penduduk maka pihak komuniti telah mendapatkan bantuan jabatan pertahanan awam ini. Kaedah yang digunakan amat mudah sekali dan kami juga sedidikit sebanyak telah mempelajari sesuatu sekiranya terdapat sarang tebuan tanah yang perlu di musnahkan. Mereka yang telah di latih dapat memusnahkan sarang tebuan tanah ini dalam masa 10 minit saja, mereka mengunakan spray bygon sebagai alat pembakar api yang begitu eifsyen.

Kepada semua penduduk cemara west bersama-samalah kita menjaga kebersihan sekitar rumah kita dan jika anda bercucuk tanam dan tanaman anda berdekatan dengan rumah dan laluan kanak-kanak bermain, rajin-rajinlah mengemaskan sekitar tanaman anda agar tidak menjadi sarang binatang berbisa.

Sekali lagi di ucapkan terima kasih kepada jabatan pertahanan awam dari kami di komuniti cemara west.






Wednesday, August 3, 2011

Solat Isyak dan Yassin Cemara West

Salam Ramadan buat semua warga Cemara West. Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan 29 Julai 2011 pihak Komuniti Cemara West telah mengadakan Program Solat Isyak dan Bacaan Yassin secara berjemaah. Alhamdulillah majlis serba ringkas ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk walaupun tidak dapat menghimpunkan semua. Program yang bermula pada jam 8.45 malam dengan solat isyak berjemaah dan setelah selesai solat telah di berikan slot untuk Ustaz Dr Zaki yang juga imam pada malam tersebut telah memberikan tazkirah kepada penduduk yang hadir pada malam tersebut. Semoga sedikit sebanyak pesanan dan nasihat oleh ustaz zaki akan memberikan manfaat yang sebaiknya kepada semua.

Majlis telah diteruskan dengan bacaan yassin dan doa selamat yang diketuai sekali lagi oleh Ustaz Dr Zaki. Setelah selesai bacaan yassin, Sdr Suhaimi telah memberikan sedikit ucapan dan peringatan terutamanya menjelang ramadan agar semua penduduk sentiasa berwaspada setiap waktu untuk menjaga keselematan keluarga dan kawasan Cemara West amnya.

Manakala jamuan pada kali ini adalah juadah yang dibawa sendiri dikalangan penduduk untuk sama-sama di makan dan alhamdulillah makanan yang dibawa cukup untuk semua yang hadir. Pada malam tersebut telah diadakan kutipan khas untuk tabung Cemara West bagi membiayai program-program kami selepas ini dan jumlah kutipan yang telah di kutip adalah sebanyak RM285.00. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program kita pada kali ini juga kepada para penderma yang budiman.

gambar sekitar Program Solat Isyak dan bacaan Yassin.

Solat Isyak berjemaah



tazkirah oleh Ustaz Dr Zaki



Ucapan pengerusi Cemara West Sdr Suhaimi


Sekitar jamuan makan






Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09