SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, April 25, 2011

Program Sepagi Bersama Ahli Majlis

Pada hari Ahad yang lepas bersamaan 24/4/2011 pihak komuniti Cemara West telah mengadakan "Program Sepagi Bersama Ahli Majlis" yang diadakan di hujung cemara 11@koner kambing. Acara yang bermula seawal jam 8.00 dengan pendaftaran anak-anak diantara 5 hingga 12 tahun untuk acara sukaneka. Antara acara sukaneka yang diadakan adalah tiup belon, masukkan air dalam botol, acara hulahup gelung rotan. Program santai ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk untuk bersama bertukar cerita setelah agak lama tiada program sebegini sambil menikmati sarapan pagi manakala kanak-kanak bergembira dengan acara sukaneka.

Pihak Komuniti Cemara West juga amat mengalu-alukan kedatangan ahli Majlis Sdr Fakharuddin dan juga Pengerusi SUTRA Sdr Zakri Iskandar untuk bersama-sama kami kali ini. Majlis penerangan dan dialog yang diadakan ini dapat memberi peluang kepada penduduk menyuarakan apa juga perkara yang dirasakan dapat diberikan perhatian oleh MDKS demi kebaikan bersama dan diantara isu yang di bangkitkan adalah pembersihan longkang, pemotongan rumput di hadapan rumah, isu semak samun di antara jalan sekolah dan pristana, pokok yang perlu di cantas, bonggol jalan yang telah dikenal pasti lokasi untuk ditambah, masalah anjing liar, lampu jalan di beberapa spot yang agak gelap. Isu tapak dewan orang ramai juga di tanyakan kepada ahli majlis dan penjelasan dari ahli majlis adalah tanah tersebut memang telah digazetkan dan menunggu hakmilik terhadap tanah tersebut yang dijangka akan dikeluarkan sekitar bulan Julai tahun ini dan berharap selepas itu akan ada perkembangan baik untuk pembinaan dewan orang ramai ini dan buat masa ini pihak penduduk tidak salah untuk mengunakan kawasan tersebut untuk bercucuk tanam selagi mendapat kerjasama di antara penduduk.

Majlis diakhiri dengan sumbangan sebuah khemah yang tak seberapa kepada pihak komuniti Cemara West dan penyampaian hadiah kepada semua para pemenang acara sukaneka. Ucapan tahniah dan setinggi terima kasih kepada semua penduduk cemara west yang bersama-sama menjayakan program kali ini dan pada yang tak berkesempatan insyaallah akan menyusul beberapa program sebelum ramadhan nanti.


Sessi pendaftaran dan penerangan sebelum acara sukaneka bermula



acara sukaneka bermula



dah penat......jom sarapan pagi






sedap makan pagi2 ye...


acara selingan untuk kaum ibu


kehadiran ahli Majlis Sdr Fakharuddin


juga pengerusi SUTRA Sdr Zakri Iskandar


semua rilek sebelum acara penyampaian hadiah



ucapan pengerusi SUTRA


ucapan Ahli Majlis seterusnya sessi dialog


sumbangan khemah oleh Ahli Majlis kepada komuniti Cemara West diterima oleh Pengerusi Cemara West sdr Shuhaimi...terima kasih ye


acara ringkas penyampaian hadiah



Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09