SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Sunday, May 31, 2009

Anak2 KCW @Khatam dan Khatan

Bukan saja para ibubapa yang ter libat tetapi ada dikalangan anak-anak KCW turut serta memeriahkan Program Khatam AlQuran & Khatan anjuran surau Alhidayah pada hari Sabtu & Ahad lepas bersamaan 30 & 31 Mei 2009. Program ini mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk Saujana Utama dimana untuk khatam AlQuran seramai 21 orang telah menyertainya manakala untuk berkhatan seramai 17 orang.

Adik Aliya S'yaffa menerima cenderahati utk program khatam Al-Quran

Adik Daniel Bin Hashim & adik Farhan Bin Abd Rahsid - peserta berkhatan


adik Daniel begitu ceria sebelum berkhatan


...sedang menerima hadiah cenderahati bersama jam tangan "ben Ten"

saat yang di tunggu-tunggu

bersama ibu dan bapa serta jiran-jiran memberi sokongan



selepas selesai muka masih monyok je........dia merajuk la tu


manakala adik Farhan yang menunggu giliran tersenyum lebar

ayah dan ibunya sibuk menyarungkan kain pelekat sebelum berkhatan

ok pakcik saya dah bersedia.....

Bismillahirrahmannirrahim...

adehhhhhhhhhh

ok pakcik .......peace!!!!

Lain-lain gambar sekitar program berkhatan









Sunday, May 24, 2009

Majlis Bacaan Yassin di rumah Pn.Syikin

Pada 23 Mei bersamaan hari Sabtu telah berlangsung majlis Bacaan Yassin di rumah Pn Syikin dan Suhaimi di no 66 Cemara 11.Majlis doa selamat itu diadakan sempena saudara Suhaimi yang akan berangkat menunaikan Umrah dan untuk anak mereka yang akan menghadapi UPSR pada bulan 9 nanti.Gambar sekitar majlis yang sempat di ambil.








Thursday, May 21, 2009

Program KCW di Sinar Harian

Keratan akhbar Sinar harian bertarikh 21 Mei 2009, liputan mengenai program gotong royong dan kitar semula yang diadakan baru-baru ini. Sila klik di gambar untuk besarkan gambar.

Monday, May 18, 2009

Program Gotong Royong & Kitar Semula

Pada hari ahad bersamaan 17 Mei 2009, komuniti Cemara West meneruskan program yang telah dirancang untuk sepanjang tahun ini. Kali ini dengan kerjasama dari pihak MDKS komuniti Cemara West telah menganjurkan program gotong royong dan juga program kitar semula untuk mengisi tabung Cemara West. Program bermula pada jam 8.00 pagi dimana semua penduduk berkumpul di koner 7 Eleven/koner kambing dan sessi taklimat ringkas telah diberikan oleh Pengerusi KCW, Sdr Ir Razip A. Samad. Dalam ucapan ringkasnya, beliau berkata, program gotng royong sebenarnya adalah simbolik dalam kita menjaga kebersihan sekitar kerana program sebegini tak boleh dibuat setiap minggu tapi yang penting adalah kesedaran dalam sentiasa menjaga kebersihan rumah dan sekelilingnya. Program ini juga adalah lanjutan dari kempen "Sifar Sampah" yang telah diumumkan semasa Majlis Jamuan tahunan pada bulan Februari yang lalu.

Sdr Razip juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MDKS yang diwakili oleh sdr Rosli yang sudi menghantar 2 buah lori, peralatan untuk gotong royong dan juga beberapa orang pekerja dari Alam flora untuk melicinkan lagi perjalanan program ini.
Selepas bacaan doa oleh ustaz Zaki maka acara gotong royong telah dimulakan. Pada kali ini pembersihan lebih tertumpu kepada longkang besar sekeliling KCW, mencantas dahan-dahan pokok yang menganggu lalu lintas dan juga memotong rumput di rumah yang tak berpenghuni dimana lalang sudah tinggi bagi mengelakkan menjadi sarang kepada binatang berbisa dan juga mungkin tempat pembiakan nyamuk aedes. Semua kerja-kerja dapat diselesaikan lebih kurang jam 12.30 tengahari dan hasil jualan untuk barang kitar semula sebanyak RM150.00. Diucapkan tahniah kepada semua yang terlibat kerana sesungguhnya anda telah menyempurnakan satu tanggungjawab sosial. Sekitar program tersebut;

Di awal pagi semua warga cemara west berkumpul di koner 7 eleven, sambil membawa barangan untuk dikitar semula

sessi taklimat oleh Ir Razip selaku Pengerusi KCW

Bacaan doa oleh Ust Zaki

gambar beramai-ramai sebagai kenangan

Semua dah siap sedia untuk berperang dgn sampah

Sdr Hashim

Sdr Azmi

Zainuddin ten2ten

sebelum bermula pastikan ambil tuala dan sarung tangan yang telah disediakan

Bantuan MDKS dari segi peralatan amat kami hargai, terima kasih Sdr Rosli selaku penyelia kawasan SU bagi pihak MDKS




Cenderahati untuk kanak-kanak/remaja kerana dapat kumpul sampah terbanyak




Majlis Aqiqah part 2

Majlis aqiqah yang bermula pada jam 10 pagi telah dimulakan dengan program berzanji kaum wanita gabungan Kum. Berzanji SU2 dan Kum. Yassin Wanita Cemara dan seterusnya dengan bacaan Yassin oleh para kaum wanita. Acara yang meriah ini telah berlangsung dari 10 pagi hinggalah selesai majlis makan pada jam 3 petang. Ramai jiran tetangga dari Cemara West telah hadir begitu juga dari kalangan saudara mara dari pihak tuan rumah. Tahniah sekali lagi buat Abang Roslan dan Kak Sal (No 114 Cemara 7) dengan kehadiran cucu pertama mereka. Sekitar gambar di majlis tersebut;

Majlis berzanji dan Yassin



sebahagian kumpulan Berzanji dari SU2 dengan pakaian seragam mereka

Kak Sal bersama cucu tersayang

Acara meletak manisan kurma ke mulut bayi

Acara menjamu selera bermula oleh para jemputan

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09