SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, April 27, 2009

Program Ziarah Yassin Cemara

Kumpulan Yassin Cemara meneruskan tradisi kunjung mengunjung kepada ahlinya, kali ini kerumah Ustazah Zurinah yang baru melahirkan anak perempuan pada baru-baru ini di rumah No. 59 Cemara 11 dan juga ke rumah Pn Siti isteri kepada Rahim di rumah No. 42 Cemara 11 juga baru sebulan menerima cahaya mata perempuannya. Tahniah kepada pasangan tersebut semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga. Pihak Yassin Cemara telah menghadiahkan cenderahati sebagai tanda ingatan dari pihak komuniti.

Ketua Yassin Cemara, Pn Zaiton sedang mendokong baby anak kepada Ustazah Zurinah bersama rakan-rakan Yassin Cemara


Pn Siti tidak ada di Saujana Utama kerana terpaksa balik kampung atas sebab-sebab tertentu dan hadiah diberikan kepada anak sulong beliau.

No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09