SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, July 19, 2010

Kita di serang @ dicabar

KITA DI CABAR!....KITA DI SERANG!...SIAL PUNYA PENYANGGAK KALAU DAPAT MATILAH...begitulah luahan rasa dari kalangan penduduk cemara west bila mendapat tahu kejadian pecah rumah baru-baru ini.

Pada malam 17 Julai 2010, Sabtu warga cemara west telah di kejut dengan berita kejadian pecah rumah di rumah Sdr Razip yang juga pengerusi KCW di cemara 7. Saya yang mendapat panggilan talifon pada jam 10 malam begitu terperanjat dan terus ke rumah beliau sambil menghubungi rakan-rakan terdekat. Pada jam 10.30 rakan2 dan jiran2 telah ramai berkumpul termasuk dari pihak SUTRA. Menurut Razip kemungkinan kejadian berlaku adalah antara jam 4.30 petang hingga ke 8.00 malam di mana mereka sekeluarga masih berada di luar. Pencuri masuk dengan memotong pagar belakang dan memecah masuk melalui tingkap tepi dengan mengumpil grille tingkap tersebut. Sejumlah wang dan barang kemas telah di ambil oleh pencuri tersebut. Polis telah datang lebih kurang sejam selepas laporan di buat dan keterangan telah di ambil.

Pada jam 11 lebih saya sekali lagi mendapat panggilan dari jiran berdekatan mengatakan mereka nampak seseorang dalam keadaan mencurigakan di lorong belakang cemara 11 pada jam 10.00 malam. Keadaan ini menambahkan rasa yang amat tidak selesa di kalangan jiran tetangga seolah-olah penyanggak ini sedang memerhatikan kita semua. Nampaknya firasat saya kali ini betul, thread dengan tajuk "Kita di Zon Selamat" yang menampakkan kebimbangan terhadap orang yang mencurigakan berkeliaran di kawasan kita ini pada waktu yang tak sepatutnya di tambah lagi dengan cerita kancil putih yang cuba memecah masuk pagar rumah sdr wadi pada hari selasa pada jam 10 pagi lebih pada 13 julai 2010. Menurut sumber, kancil putih ini di katakan agak selalu melalui jalan sekitar cemara west berdasarkan dari saksi yang melihatnya.

Saya berharap dengan berita ini dapatlah kita sama-sama berganding mahu membenteras penyanggak yang tak berhati perut. Kalau dulu pencuri masuk pada waktu malam tapi nampaknya sekarang lebih kearah pada waktu siang pula dan ianya seperti tahu pergerakkan kita semua dan mengambil kesempatan diwaktu yang amat terhad itu. Fikir-fikiranlah dan sentiasa berjaga-jaga tak kira siang atau malam. Ingat pencuri tak pernah leka tapi kita saja yang sentiasa terleka.

Tuesday, July 13, 2010

Tahniah kepada Ahli Majlis MDKS



Pihak komuniti Cemara West ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Sdr Fakharuddin Bin Ismail dari Anggerik 1, SU1 yang telah di lantik menjadi barisan Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor. watikah perlantikkan telah di sempurnakan pada 9 Julai 2010 yang baru lepas. Semoga dengan perlantikkan ini akan dapat memberi sumbangan dan juga membawa permasalahan di Saujana Utama dan taman sekitarnya ke pihak MDKS dan seterusnya dapat memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak. Sekiranya ada sebarang aduan bolehlah di hantar ke href="http://www.saujanautama.net/forum/viewforum.php?forum_id=71"

Thursday, July 8, 2010

Kita di Zon Selamat?

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas rahmatnya kerana sudah beberapa ketika keadaan di kawasan komuniti di Cemara West dalam keadaan selamat. Selamat dari pencuri-pencuri yang hanya tahu mengambil hak oranga lain dengan cara mencurinya dan bukan berdikari dengan cara yang halal. Isunya sekarang adakah kita sudah merasa amat selamat sekarang?

Beberapa minggu ini kita dikejutkan dengan beberapa kejadian pecah rumah di kawasan cemara setingkat, di kawasan anggerik 1,3 dan paling hangat sekarang di kawasan SU3. Di fahamkan kejadian pecah rumah yang terbaru berlaku di SU3 berlaku pada waktu malam, pencuri masuk ikut pintu belakang dan kehilangan barangan dan duit berjumlah RM4000.00. Tapi ini bukan sekadar cerita kehilangan duit saja tapi trauma yang dihadapi penghuninya disebabkan kejadian tersebut.

Di kawasan Cemara west juga pernah berlaku perkara tersebut di ikat, di acu pisau, isteri kena ugut, hilang duit, hilang motor cumanya belum lagi di kacau anak dan isteri saja, alhamdulillah. Kalau sebaliknya tak taulah bagaimana traumanya si penghuni tersebut.

Untuk pengetahuan semua pada hari Isnin yang lepas bersamaan 5 Julai 2010 pada jam 10.15 malam sewaktu seorang penduduk cemara west pulang dari mengambil anak tuisyen beliau telah terserempak dengan seorang bermotosikal seorang diri keluar dari lorong belakang rumah antara cemara 7 dan 11, motosikal jenis honda cup lama bernombor ACL 3390 dalam keadaan mencurigakan dan kelihatan seperti warga indonesia saja bersluar pendek dan baju kemeja. Motor ini telah di ekori dari jarak jauh dan akhirnya sampai ke jalan besar dan menuju kearah merbau sempak. Persoalannya kalau dia orang luar kenapa dia datang jauh semata-mata nak ronda belakang rumah kita yang menyebabkan ianya lebih mencurigakan.

Saya berharap dan memberi ingatan kepada semua warga cemara west agar sentiasa bersikap berhati-hati setiap waktu tak kira waktu terutamanya waktu malam. Tips ringkas sebagai ingatan;
1. pintu anda telah di kunci.
2. Pagar rumah telah di tutup dan di kunci jika perlu.
3. pagar belakang rumah jika ada juga telah di kunci.
4. lampu belakang atau depan rumah di pasang jika anda rasa tak berapa selamat dan boleh bertukar giliran dengan jiran anda.
5. Sentiasa perhatikan orang luar yang mencurigakan yang berlegar di kawasan cemara west terutamanya di waktu yang tak sepatutnya.
6. Beritahu jiran anda jika anda dan keluarga ke luar daerah.

Tulisan ini sebagai tanda ingatan buat semua agar tidak lalai kerana penyangak tak pernah lalai.

Friday, June 25, 2010

Cemara West@Bulan Sukan Sutra 2010

Pada 19 & 20 Jun yang lepas telah berlangsung acara Bulan Sukan Sutra 2010 yang di sertai oleh 4 fasa terdiri Lili, Cemara ( east & west), Anggerik dan juga Flora. Acara yang berlangsung selama 2 hari ini mendapat sambuatan baik dari kalangan penduduk. Tidak ketinggalan juga komuniti cemara west yang turut serta dalam acara takraw, pingpong dan juga bola sepak. Kita tidak bernasib baik untuk acara takraw dan pingpong tapi pasukan bolasepak yang dibimbing oleh sdr solihin telah mendapat tempat ke 3. Tahniah di ucapkan kepada semua perserta yang terlibat semoga semangat kesukanan ini akan terus segar di masa akan datang.

gambar beramai2 sebelum perlawanan sepaktakraw di jalankan di court takraw SMKSU



Acara bola sepak sepanjang hari ahad 20 jun 2010 di padang lili/cemara.
Pasukan Cemara West

Acara memanaskan badan


Perlawanan pertama menentang Flora dengan kesudahan CW - 2 Flora -0

sebelum sepak mula pertama dimulakan

perlawanan ke 2 menentang pasukan cemara east dan kita menang 2-0

penyokong cilik yang sentiasa memberi semangat kepada pasukan cemara west

waktu rehat sebelum perlawanan seterusnya....letih tu


Pada sebelah pagi pasukan cemara west telah menang 2 perlawanan dan seri 0-0 kepada 2 pasukan iaitu anggerik dan lili. Satu pencapaian yang baik kerana gawang gol kita tidak di tembusi sebarang bola dan menjadikan kita pasukan "champion league" secara dasarnya. Untuk pusingan kedua ,semi final cemara west telah bertemu dengan anggerik pada sebelah petang jam 5 dan telah kalah 2-0 dan akhirnya mendapat tempat ke 3 ketika acara akhir bertemu pasukan cemara east. tahniah buat semua

bersama pasukan anggerik di acara semi- final

acara penyampaian hadiah oleh YB Dr Zulkifly ahli parlimen kuala selangor.

gambar beramai-ramai sebelum bersurai


semoga dapat berjumpa di tahun akan datang.

Monday, May 24, 2010

Gotong Royong KCW

Pada hari ahad bersamaan 23/5/2010 sekali lagi komuniti cemara west telah mengadakan program gotong royong keceriaan. Program kali ini yang lebih mengutamakan keceriaan di kawasan kejiranan kami dan kerja-kerja mengecat "road curb", mencantas dahan-dahan pokok, mengecat dinding yang di conteng dan juga memotong rumput di rumah yang tak berpenghuni. Program yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir lebih kurang jam 11.30 pagi telah mendapat sambutan yang amat baik sekali dari kalangan warga cemara west. Pihak komuniti berharap dengan adanya program sebegini akan menambah kesederan penduduk dalam menjaga kebersihan dan keceriaan di kawasan perumahan yang mereka duduki. Program serampang dua mata ini bukan saja dapat mengukuhkan lagi semangat kejiranan tetapi dapat memberi suasana kediaman dengan lebih ceria dan menarik. Gambar-gambar menarik sekitar program tersebut;

bacaan doa oleh ust zaki


pembahagian tugas berlangsung

kerja pun bermula......semangat kerjasama

cat dinding yang di conteng oleh mereka yang tak bertanggungjawab

memotong rumput di salah sebuah rumah kosong

bersihkan road curb dari rumput dan lalang sebelum di cat


betulkan tanda jalan yang dah nak tumbang

kerja-kerja membuang dahan-dahan pokok yang telah di cantas

mengecat tanda had berhenti di sekeitar cemara west


bila dah mula panas mulalah cari tempat berteduh jap



masa utk rehat dan menjamu selera.....macam-macam ada


tanda bagus....puashati la tu dengan kerja dan makan

terima kasih buat srikandi cemara west yang sudi menyediakan Judah

kena bersihkan dulu sebelum bersurai

inilah hasilnya "road curb" di kawasan cemara west.....tahniah


program yassin di rumah Pn Yah

Pada hari sabtu yg lalu bersamaan dengan 22/5/2010 telah di jalankan program Yassin Wanita Cemara dan kali ini di rumah Pn Yah di No. 45 Cemara 11. Program yang di jalankan lebih awal dari kebiasaan iaitu pada pukul 3 petang telah mendapat respon yang baik dari kalangan sahabat yassin berbanding waktu kebiasaan pada jam 5.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat.Gambar sekitar majlis tersebut


Monday, May 10, 2010

Selamat hari ibu buat semua

Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu di komuniti Cemara West

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09