SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Thursday, July 8, 2010

Kita di Zon Selamat?

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas rahmatnya kerana sudah beberapa ketika keadaan di kawasan komuniti di Cemara West dalam keadaan selamat. Selamat dari pencuri-pencuri yang hanya tahu mengambil hak oranga lain dengan cara mencurinya dan bukan berdikari dengan cara yang halal. Isunya sekarang adakah kita sudah merasa amat selamat sekarang?

Beberapa minggu ini kita dikejutkan dengan beberapa kejadian pecah rumah di kawasan cemara setingkat, di kawasan anggerik 1,3 dan paling hangat sekarang di kawasan SU3. Di fahamkan kejadian pecah rumah yang terbaru berlaku di SU3 berlaku pada waktu malam, pencuri masuk ikut pintu belakang dan kehilangan barangan dan duit berjumlah RM4000.00. Tapi ini bukan sekadar cerita kehilangan duit saja tapi trauma yang dihadapi penghuninya disebabkan kejadian tersebut.

Di kawasan Cemara west juga pernah berlaku perkara tersebut di ikat, di acu pisau, isteri kena ugut, hilang duit, hilang motor cumanya belum lagi di kacau anak dan isteri saja, alhamdulillah. Kalau sebaliknya tak taulah bagaimana traumanya si penghuni tersebut.

Untuk pengetahuan semua pada hari Isnin yang lepas bersamaan 5 Julai 2010 pada jam 10.15 malam sewaktu seorang penduduk cemara west pulang dari mengambil anak tuisyen beliau telah terserempak dengan seorang bermotosikal seorang diri keluar dari lorong belakang rumah antara cemara 7 dan 11, motosikal jenis honda cup lama bernombor ACL 3390 dalam keadaan mencurigakan dan kelihatan seperti warga indonesia saja bersluar pendek dan baju kemeja. Motor ini telah di ekori dari jarak jauh dan akhirnya sampai ke jalan besar dan menuju kearah merbau sempak. Persoalannya kalau dia orang luar kenapa dia datang jauh semata-mata nak ronda belakang rumah kita yang menyebabkan ianya lebih mencurigakan.

Saya berharap dan memberi ingatan kepada semua warga cemara west agar sentiasa bersikap berhati-hati setiap waktu tak kira waktu terutamanya waktu malam. Tips ringkas sebagai ingatan;
1. pintu anda telah di kunci.
2. Pagar rumah telah di tutup dan di kunci jika perlu.
3. pagar belakang rumah jika ada juga telah di kunci.
4. lampu belakang atau depan rumah di pasang jika anda rasa tak berapa selamat dan boleh bertukar giliran dengan jiran anda.
5. Sentiasa perhatikan orang luar yang mencurigakan yang berlegar di kawasan cemara west terutamanya di waktu yang tak sepatutnya.
6. Beritahu jiran anda jika anda dan keluarga ke luar daerah.

Tulisan ini sebagai tanda ingatan buat semua agar tidak lalai kerana penyangak tak pernah lalai.

No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09