KITA DI CABAR!....KITA DI SERANG!...SIAL PUNYA PENYANGGAK KALAU DAPAT MATILAH...begitulah luahan rasa dari kalangan penduduk cemara west bila mendapat tahu kejadian pecah rumah baru-baru ini.
Pada malam 17 Julai 2010, Sabtu warga cemara west telah di kejut dengan berita kejadian pecah rumah di rumah Sdr Razip yang juga pengerusi KCW di cemara 7. Saya yang mendapat panggilan talifon pada jam 10 malam begitu terperanjat dan terus ke rumah beliau sambil menghubungi rakan-rakan terdekat. Pada jam 10.30 rakan2 dan jiran2 telah ramai berkumpul termasuk dari pihak SUTRA. Menurut Razip kemungkinan kejadian berlaku adalah antara jam 4.30 petang hingga ke 8.00 malam di mana mereka sekeluarga masih berada di luar. Pencuri masuk dengan memotong pagar belakang dan memecah masuk melalui tingkap tepi dengan mengumpil grille tingkap tersebut. Sejumlah wang dan barang kemas telah di ambil oleh pencuri tersebut. Polis telah datang lebih kurang sejam selepas laporan di buat dan keterangan telah di ambil.
Pada jam 11 lebih saya sekali lagi mendapat panggilan dari jiran berdekatan mengatakan mereka nampak seseorang dalam keadaan mencurigakan di lorong belakang cemara 11 pada jam 10.00 malam. Keadaan ini menambahkan rasa yang amat tidak selesa di kalangan jiran tetangga seolah-olah penyanggak ini sedang memerhatikan kita semua. Nampaknya firasat saya kali ini betul, thread dengan tajuk "Kita di Zon Selamat" yang menampakkan kebimbangan terhadap orang yang mencurigakan berkeliaran di kawasan kita ini pada waktu yang tak sepatutnya di tambah lagi dengan cerita kancil putih yang cuba memecah masuk pagar rumah sdr wadi pada hari selasa pada jam 10 pagi lebih pada 13 julai 2010. Menurut sumber, kancil putih ini di katakan agak selalu melalui jalan sekitar cemara west berdasarkan dari saksi yang melihatnya.
Saya berharap dengan berita ini dapatlah kita sama-sama berganding mahu membenteras penyanggak yang tak berhati perut. Kalau dulu pencuri masuk pada waktu malam tapi nampaknya sekarang lebih kearah pada waktu siang pula dan ianya seperti tahu pergerakkan kita semua dan mengambil kesempatan diwaktu yang amat terhad itu. Fikir-fikiranlah dan sentiasa berjaga-jaga tak kira siang atau malam. Ingat pencuri tak pernah leka tapi kita saja yang sentiasa terleka.
SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI
Showing posts with label admin. Show all posts
Showing posts with label admin. Show all posts
Monday, July 19, 2010
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
Pada hari ini 10 Mei 2009 merupakan sambutan hari ibu di seluruh negara, pihak admin blog komuniti Cemara West juga tidak ketinggalan mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada para isteri dan juga ibu kepada anak-anak kaum bapa di Cemara West. Sesungguhnya pengorbanan kaum wanita ini amat besar sekali jasanya dan tiada tolok bandingnya. Semua program yang dijalankan oleh pihak komuniti Cemara West tidak akan lengkap tanpa penyertaan dari kalangan kaum wanita/ibu. Gambar di ambil semasa majlis yassin dirumah Pn Hasnah.
Selamat Hari Ibu.....ibu kepada anak-anak, juga anak kepada ibu anda

sesungguhnya kehadiran para wanita yang bergelar ibu ini penting,

mereka juga ingin sentiasa dihargai oleh suami dan anak2

inginkan keseronokan dikalangan mereka....lihatlah wajah-wajah mereka ini
Selamat Hari Ibu.....ibu kepada anak-anak, juga anak kepada ibu anda
sesungguhnya kehadiran para wanita yang bergelar ibu ini penting,
mereka juga ingin sentiasa dihargai oleh suami dan anak2
inginkan keseronokan dikalangan mereka....lihatlah wajah-wajah mereka ini
Subscribe to:
Posts (Atom)








