SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, July 19, 2010

Kita di serang @ dicabar

KITA DI CABAR!....KITA DI SERANG!...SIAL PUNYA PENYANGGAK KALAU DAPAT MATILAH...begitulah luahan rasa dari kalangan penduduk cemara west bila mendapat tahu kejadian pecah rumah baru-baru ini.

Pada malam 17 Julai 2010, Sabtu warga cemara west telah di kejut dengan berita kejadian pecah rumah di rumah Sdr Razip yang juga pengerusi KCW di cemara 7. Saya yang mendapat panggilan talifon pada jam 10 malam begitu terperanjat dan terus ke rumah beliau sambil menghubungi rakan-rakan terdekat. Pada jam 10.30 rakan2 dan jiran2 telah ramai berkumpul termasuk dari pihak SUTRA. Menurut Razip kemungkinan kejadian berlaku adalah antara jam 4.30 petang hingga ke 8.00 malam di mana mereka sekeluarga masih berada di luar. Pencuri masuk dengan memotong pagar belakang dan memecah masuk melalui tingkap tepi dengan mengumpil grille tingkap tersebut. Sejumlah wang dan barang kemas telah di ambil oleh pencuri tersebut. Polis telah datang lebih kurang sejam selepas laporan di buat dan keterangan telah di ambil.

Pada jam 11 lebih saya sekali lagi mendapat panggilan dari jiran berdekatan mengatakan mereka nampak seseorang dalam keadaan mencurigakan di lorong belakang cemara 11 pada jam 10.00 malam. Keadaan ini menambahkan rasa yang amat tidak selesa di kalangan jiran tetangga seolah-olah penyanggak ini sedang memerhatikan kita semua. Nampaknya firasat saya kali ini betul, thread dengan tajuk "Kita di Zon Selamat" yang menampakkan kebimbangan terhadap orang yang mencurigakan berkeliaran di kawasan kita ini pada waktu yang tak sepatutnya di tambah lagi dengan cerita kancil putih yang cuba memecah masuk pagar rumah sdr wadi pada hari selasa pada jam 10 pagi lebih pada 13 julai 2010. Menurut sumber, kancil putih ini di katakan agak selalu melalui jalan sekitar cemara west berdasarkan dari saksi yang melihatnya.

Saya berharap dengan berita ini dapatlah kita sama-sama berganding mahu membenteras penyanggak yang tak berhati perut. Kalau dulu pencuri masuk pada waktu malam tapi nampaknya sekarang lebih kearah pada waktu siang pula dan ianya seperti tahu pergerakkan kita semua dan mengambil kesempatan diwaktu yang amat terhad itu. Fikir-fikiranlah dan sentiasa berjaga-jaga tak kira siang atau malam. Ingat pencuri tak pernah leka tapi kita saja yang sentiasa terleka.

No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09