SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Thursday, April 16, 2009

Rangka Program Cemara West

Pada mesyuarat yang diadakan pada malam semalam bertempat di rumah No.66 Cemara 11 (rumah Shuhaimi) telah memutuskan beberapa program sehingga bulan Julai 2009. Namun sekiranya ada perubahan di saat akhir pihak pengurusan CW akan maklumkan kepada semua. Antara program yang diputuskan adalah seperti berikut;

1. Program Gotong Royong & Kitar Semula
Tarikh : 9 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 8 pagi
Berkumpul : Koner Kambing @Seven 11

2. Malam Puisi Cemara West 2009
Program lebih kepada deklamasi sajak atau syair. Terbuka untuk kanak-kanak,
remaja dan dewasa. Detail program akan di beritahu kelak.
Tarikh dicadangkan : 20 Jun 2009
Waktu : Malam

3. Pertandingan Memasak kaum Bapa & gubahan bunga bagi kaum ibu
Terbuka untuk semua warga cemara west. Kita akan dapat sponsor untuk program
ini. Detail program akan diberitahu kelak.
Tarikh dicadangkan : 25 Julai 2009
Waktu : Siang
Lokasi : Koner Kambing/Seven 11

Segala program adalah tertakluk kepada perubahan dan pihak pengurusan akan mewar-warkan semua program yang akan dijalankan. Semoga dengan adanya rangka program ini akan memudahkan para penduduk membuat penyelarasan untuk mengikuti program yang bakal dijalankan.

No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09