SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Sunday, November 8, 2009

Bakal haji : Kak Wan dan Anaknya Cik Bushrra

Bakal haji ke 2 di komuniti Cemara West adalah isteri Ustaz Dr Zaki yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan dan anak sulong, Cik Bushrra bakal mengerjakan ibadah haji pada tahun ini dan dijadualkan berangkat pada 14 November 2009 bersamaan hari Sabtu. Majlis kenduri kesyukuran yang diadakan pada hari ahad 8 November 2009 di kediaman beliau di Cemara 9 ini adalah khas sempena pemergian Kak Wan dan anaknya. Kami di warga Cemara West mengucapkan selamat pergi dan kembali kepada Kak Wan semoga mendapat haji yang sempurna. Ramai jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai yang telah hadir pada majlis ini. Alhamdulillah.
Gambar sekitar majlis berkenaan.

Bakal haji Kak Wan dan anak sulongnya Cik Bushrra

Ustaz Zaki menyambut tetamu sebelum majlis bermula


Bacaan doa selamat oleh Ustaz Zaki

Tetamu menjamu selera

No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09