SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Wednesday, November 11, 2009

Bakal haji ke-3 : Azmi & Yati

Alhamdulillah pada tahun ini Allah telah murahkan rezeki dikalangan kejiranan Cemara West sebab tahun ni saja ada 3 pasangan yang mendapat jemputan untuk menjadi tetamu Allah di Kota Suci Mekah dan pasangan terakhir adalah Sdr Azmi dan isterinya Yati yang tinggal di No. 57 Cemara 11 telah disahkan sebagai jemaah haji walaupun mendapat tahu di saat akhir. Kami di beritahu bahawa secara rasmi mereka tahu mereka dapat pergi haji adalah pada hari jumaat lepas bersamaan 6 nov 2009 dan pada hari ini Rabu 11 nov 2009 pada jam 7.30 pagi tadi mereka telah bertolak ke tanah suci Mekah. Dengan hanya beberapa hari saja mereka telah bertungkus lumus menyediakan persiapan untuk ke sana dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang mereka mahukan.

Walaupun mereka tahu mereka di jangka akan dapat pergi haji beberapa tahun akan datang tetapi atas kehendak yang kuat dan niat mereka yang ikhlas dan suci, Allah telah makbulkan niat mereka untuk pergi pada tahun ini juga dan kami diberitahu bahawa mereka memang membuat persiapan untuk pergi pada tahun ini juga walaupun hanya tahu pada saat akhir saja.

Kami rakan-rakan dari Cemara West mengucapkan selamat kepada beliau dan isteri semoga akan selamat pergi dan balik dengan haji yang sempurna. Mereka di jangka akan pulang ke Malaysia pada tanggal 21 Dec 2009. Sekitar kunjungan mesra dari jiran-jiran di Cemara West pada malam semalam sebelum beliau berangkat pergi.

Bakal haji, Azmi & yati yang sentiasa tersenyum manis saja

doa selamat ringkas oleh jiran-jiran yang hadir


jiran-jiran wanita dari wakil cemara west juga turut hadir

jamuan ringkas untuk yang hadir bersama tuan rumah

lagi sembang-sembang bersama jiran-jiran...banyak cerita tu

ucapan selamat buat azmi dan yati

No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09