SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Tuesday, June 9, 2009

Geng KCW@Hutan Lipur Lentang part 1

Pada hari Sabtu lepas bersamaan 6 Jun 2009 juga hari cuti umum sempena hari Keputeraan Yang Di pertuan Agong beberapa buah keluarga dari kejiranan Komuniti Cemara West (KCW)telah mengadakan aktiviti percutian dan perkhemahan di Hutan Lipur Lentang,Pahang. Maklumat awal yang diperolehi oleh Azli yang kebetulan pernah pergi sebelum ini telah menarik minat yang lain untuk pergi berkelah disana. Terima kasih kepada Noni kerana sudi menyediakan kertas kerja dan aktiviti yang diadakan disana dibantu oleh jiran-jiran yang lain. Ini adalah percubaan pertama kami untuk pergi bermalam di sana walaupun sebelum ini pernah berkelah beramai-ramai di Hutan Lipur Kalumpang tapi hanya balik hari saja. Aktiviti keluarga ini telah disertai oleh keluarga Hashim, Noni, Fina, Solihin, Azli, Din 10210 dan juga Samrin yang melibatkan seramai 36 orang semuanya. Kami bertolak seawal 6.30 pagi dan sampai disana pada jam 7.45 pagi dan perkara pertama yang kami buat adalah meninjau dan memilih tapak perkhemahan kami. Setelah berjumpa pihak Renjer yang bertugas, aktiviti seterusnya kami buat ialah memulakan memasang khemah dan memindahkan semua barang dari kereta. Terima kasih kepada renjer yang bertugas atas layanan dan kerjasama yang baik sekali. Kami dikenakan bayaran 50 sen utk setiap kepala dan sedikit sumbangan kami berikan untuk penggunaan api dan air disepanjang perkhemahan.

Penyediaan makanan sepanjang dua hari 1 malam perkhemahan kami adalah disediakan secara gotong royong dan setiap keluarga ada pembahagian tugas masing-masing.Selepas mandi dan makan tengahari pada jam 4.50 petang telah diadakan aktiviti "jungle tracking" yang diketuai oleh Azli dan di bantu oleh Samrin dan Noni. Aktiviti ini melibatkan anak-anak kami yg usianya seawal 5 tahun hinggalah ke 15 tahun . Acara ini memang menyeronokan bagi mereka kerana sambil berjalan boleh melihat keindahan alam semula jadi dan kehidupan flora dan fauna.Banyak manfaat yang mereka perolehi dari aktiviti ini,mereka didedahkan dengan pelbagai jenis pokok,serangga,ulat dan beberapa tumbuhan lain.
Pada sebelah malamnya diadakan BBQ dan acara keluarga. Unggun api menambahkan lagi kehangatan dan kecerian malam kami, pelbagai acara seperti kotak beracun, nyanyian dan juga acara bahasa isyarat di adakan utk anak2 yang belum tidur.Terima kasih kepada Raja Adila kerana sudi menyediakan hadiah untuk semua acara tersebut. Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar di muka semua yg mengikuti perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti yang di susun sepanjang hari menjadikan semua anak-anak kami keletihan dan disebabkan sudah puas bermain dan mandi manda sepanjang hari maka kebanyakan kami masuk tidur pada jam 11 malam.Orang lelaki pula bergilir berjaga untuk memantau kawasan khemah kami.

Manakala pada pagi ahad, seawal jam 7.30 pagi semua anak2 kami sudah bersedia untuk sarapan pagi.Sarapan pagi dengan menu mee goreng dan nasi goreng telah disediakan oleh Samrin dan Noni manakala nuget dan sosej telah digoreng oleh oleh Azli, Hashim dan SOlihin. Selesai sarapan pagi ,anak-anak kami semua terjun ke dalam air tanpa mengenal erti sejuk.Mereka berendam,berkejaran dalam air mengutip batu dan ada juga hanya bermain pasir di tepi sungai. kami bertolak balik pada jam 2.50 petang dan sampai di Saujana Utama dengan selamatnya pada jam 4.00 petang.Kesimpulan nya tempat ini amat sesuai dijadikan tempat percutian atau perkhemahan keluarga.Mungkin juga kami akan menganjurkan perkhemahan perdana untuk komuniti cemara West selepas ini.

Berkumpul di persimpangan SU3

........sang suria yang cantik menemani kami sepanjang perjalanan

konvoi kami di highway

sudah sampai ke persimpangan Hutan Lipur Lentang

Inilah dia......Selamat Datang ke Hutan Lipur Lentang, Pahang.

tapak perkhemahan kami..........apa lagi pasang khemah la



Our banquet hall kami............dewan makan aka tempat lepak la

Sarapan pagi sebelum terjun

Dapur kami.....tempat penyediaan makanan

yang ni chef Noni sibuk menyediakan roti sandwichnya...

No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09