SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Wednesday, June 10, 2009

Wajah sana sini@Hutan Lipur Lentang

Wajah-wajah yang sempat kami ambil sebagai kenangan buat semua sepanjang program kami ini.Mungkin tak semua wajah dapat dipaparkan tapi sekurang-kurangnya inilah kenangan kami.

adik Daniel yg masih berkain baru saja lepas berkhatan bersama abangnya akmal

Wajah ceria para ibu yang ikut serta program kami ini

anak-anak juga tak ketinggalan merakamkan kenangan di pagi hari sesudah sampai

daniel dan aqil.....

...dari dekat udin, afiq,akmal dan alif

...fatihah, aliya, natrah, najlaa, aqil,nana.....

din 10210....yang lain tu malu tu tak nak sebut namanya

....sedang berendam ye

apalah yang dibuat oleh cik kak ni

Geng KCW@Hutan Lipur Lentang part 5

Pagi Ahad 7.6.2009, seawal 7.30 pagi semua keluarga temasuk anak-anak telah bangun dan pastinya di awal pagi apa yang mereka cari adalah makanan untuk dimakan. Menu pagi ini adalah mee goreng dan nasi goreng yang disediakan oleh Samrin dan Noni. Nampaknya disini apa juga makanan yang disediakan pasti akan habis punya, maklumlah makan ramai-ramai dan berebut pasti terbuka selera kita nak makan. Selesai saja sarapan pagi, apa lagi semua pakat-pakat terjun dan berendam dalam sungai la, memang menyeronokkan. Program berakhir pada jam 2.50 petang dan kami pun berangkat pulang ke Saujana Utama. Satu pengalaman yang indah dan pasti kami akan datang lagi ke tempat ini.

ramai peminat chef ni......

makan semua ye...jangan malu-malu tau


sekitar sungai tempat kami bermandi manda






Tuesday, June 9, 2009

Geng KCW@Hutan Lipur Lentang part 4

Sementara menunggu malam, pelbagai persiapan telah dibuat jika kaum wanita sibuk dengan mengoreng kerepek pisang tanduk manakala yang lelaki sibuk dengan menggumpul kayu untuk dibuat unggun api. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua menyebabkan semua kerja berjalan dengan lancar dan cepat. gambar sekitar waktu senja membawa ke malam dengan pelbagai aktiviti untuk semua.

.....sambil borak sambil goreng kerepek pisang tanduk, memang sedap la makan panas-panas


yang lelaki sibuk buat unggun api...tengok la si Din tu tengah cuba menyalakan api dengan cara lama


sibuk buat persiapan BBQ pulak

masa untuk BBQ




surprise..........happy birthday buat Noni, simbolik lilin diberikan oleh anak-anak beliau

Acara yang ditunggu-tunggu -teka bahasa isyarat...apalah agaknya adik aliya nak tunjuk

Yah tengah nak start motor ke?

solihin buat apa tu

azli tengah buat demo

Manakala acara kotak beracun -aliya kena gelek dangdut tu

afiq kena cium tiang

Kak Long anak Solihin kena nyanyi lagu sekolah

Atah kena jadi nenek kebayan.......tapi yang penting semua memang spotting la

Geng KCW@ HL Lentang part 3 -Jungle Tracking

Pada jam 4.50 petang program seterusnya adalah jungle tracking bersama anak-anak peserta dan ketua expidisi adalah Azli sebagai Chief scout. Perjalanan sepanjang 2 kilometer amat menyeronokan kerana mereka dapat melihat dan menikmati sendiri keindahan kawasan semula jadi ini dan kami juga melihat beberapa lagi kumpulan lain yang bermalam disepanjang sungai ini dan ada kumpulan tu siap bawa pump air untuk dibuat tandas buatan sendiri." jangan tak caya." Pengalaman baru ini memang menggembirakan dan berfaedah sekali untuk kanak-kanak seperti mereka.

sebelum bertolak..........

melalui track yang telah disediakan

tangga yang agak curam sebelum laluan tebing tinggi

melalui tebing bukit

antara beberapa jambatan gantung yang terdapat di kawasan ini

melalui sungai yang jernih dan sejuk

kami berada di kawasan sempadan Hutan Lipur Lentang

.....di Denai Warisan Rimba

Geng KCW@Hutan Lipur Lentang part 2

Hari pertama,Sabtu selepas letih bermandi-manda dan perut mulai lapar,maka tepat jam 12.30 kami menjamu selera untuk makan tengahari. Menu yang disediakan oleh chef Hashim adalah Ikan keli masak cili padi,ayam goreng dan berulamkan sayur-sayuran segar memang amat menyelerakan bersama nasi yg masih panas....sungguh membuka selera.

Makan jangan tak makan ye

Azli dan keluarganya


...baca jangan tak baca iteneri sepanjang program ye!!!

......sedap makan bang, Solihin dan keluarga

Loving couple yang baru menyambut ulangtahun perkahwinan mereka pada hari Khamis yang lepas. "Happy Aniversary buat Din & Ana"

chef Yah dengan kuih cekodok pisang yang sedap sekali

dibantu oleh Fina dan Ana


Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09