SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Wednesday, June 10, 2009

Hutan Lipur Lentang - Episod akhir

Entri terakhir ini sekadar ingin berkongsi maklumat sekiranya ada di kalangan rakan-rakan, jiran tetangga atau yang terbaca blog ini yang inginkan sedikit maklumat dan gambaran bagaimana keadaan dan juga kemudahan yang di sediakan di Hutan Lipur ini. Secara umum, kemudahan di sini dilengkapi dengan tandas, surau, gerai makanan, kedai makan, pejabat pengurusan, kemudahan letak kereta dan yang penting tempat mandi manda amat selamat dan mudah bagi pengunjung yang membawa anak-anak kecil. Masa perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam amat sesuai untuk percutian keluarga dan tidak perlu membuang masa yang lama dalam perjalanan.

Bagi yang berminat untuk bermalam terdapat beberapa lokasi yang telah disediakan dan amat bersesuaian sekali. So apa lagi......jom cuti-cuti Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh juga ke laman web Hutan Lipur lentang.











No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09