SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, May 24, 2010

Gotong Royong KCW

Pada hari ahad bersamaan 23/5/2010 sekali lagi komuniti cemara west telah mengadakan program gotong royong keceriaan. Program kali ini yang lebih mengutamakan keceriaan di kawasan kejiranan kami dan kerja-kerja mengecat "road curb", mencantas dahan-dahan pokok, mengecat dinding yang di conteng dan juga memotong rumput di rumah yang tak berpenghuni. Program yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir lebih kurang jam 11.30 pagi telah mendapat sambutan yang amat baik sekali dari kalangan warga cemara west. Pihak komuniti berharap dengan adanya program sebegini akan menambah kesederan penduduk dalam menjaga kebersihan dan keceriaan di kawasan perumahan yang mereka duduki. Program serampang dua mata ini bukan saja dapat mengukuhkan lagi semangat kejiranan tetapi dapat memberi suasana kediaman dengan lebih ceria dan menarik. Gambar-gambar menarik sekitar program tersebut;

bacaan doa oleh ust zaki


pembahagian tugas berlangsung

kerja pun bermula......semangat kerjasama

cat dinding yang di conteng oleh mereka yang tak bertanggungjawab

memotong rumput di salah sebuah rumah kosong

bersihkan road curb dari rumput dan lalang sebelum di cat


betulkan tanda jalan yang dah nak tumbang

kerja-kerja membuang dahan-dahan pokok yang telah di cantas

mengecat tanda had berhenti di sekeitar cemara west


bila dah mula panas mulalah cari tempat berteduh jap



masa utk rehat dan menjamu selera.....macam-macam ada


tanda bagus....puashati la tu dengan kerja dan makan

terima kasih buat srikandi cemara west yang sudi menyediakan Judah

kena bersihkan dulu sebelum bersurai

inilah hasilnya "road curb" di kawasan cemara west.....tahniah


program yassin di rumah Pn Yah

Pada hari sabtu yg lalu bersamaan dengan 22/5/2010 telah di jalankan program Yassin Wanita Cemara dan kali ini di rumah Pn Yah di No. 45 Cemara 11. Program yang di jalankan lebih awal dari kebiasaan iaitu pada pukul 3 petang telah mendapat respon yang baik dari kalangan sahabat yassin berbanding waktu kebiasaan pada jam 5.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat.Gambar sekitar majlis tersebut


Monday, May 10, 2010

Selamat hari ibu buat semua

Selamat Hari Ibu kepada semua para ibu di komuniti Cemara West

Program Yassin Di rumah Pn Laili

Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 8 Mei 2010 telah berlangsung program yassin Cemara di rumah Pn Laili di Cemara 7 walaupun hujan agak lebat pada pukul 4 petang namun telah reda pada pukul 5 lebih dan program yassin ini dapat berjalan dengan lancar dan alhamdulillah kerjasama erat di kalangan wanita Cemara ini amat baik sekali.



Friday, April 30, 2010

Majlis khatam Al Quran

Pada tanggal 18/4/2010 bersamaan hari Ahad yang lalu satu program khatam Al-Quran telah di jalankan dirumah Puan Mala di rumah No. 6 Cemara 11, beliau yang juga merupakan guru mengaji kepada anak-anak muridnya yang ramai telah mengelolakan program ini dengan bantuan dari komuniti Cemara West abgi melancarkan program ini. Seramai 10 orang anak-anak yang di raikan telah khatam Al-Quran bersama para ibu-ibu mereka. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dimulakan dengan perarakkan dan kompang di sekitar Cemara West diikuti persembahan nasyid dan kalangan anak-anak dan juga para ibu-ibu seterusnya majlis khatam AlQuran yang di bimbing oleh Puan Mala sendiri. Semoga program sebegini akan terus segar bertapak di komuniti Cemara West. Tahniah buat semua yang menjayakan program ini terutamanya Puan Mala yang sentiasa terbuka untuk mengajar anak-anak kejiranan mendalami Al-Quran. gambar sepanjang program tersebut.

perakakan dan kompang




kompang di kalangan anak-anak cemara west dan juga rakan-rakan dari SMKSU


persembahan nasyid oleh anak-anak khatam Al-Quran


Nasyid oleh para ibu-ibu


Wednesday, April 21, 2010

Proram Yassin di rumah Kak Salmah

Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 17/4/2010 telah diadakan program yassin di rumah kak Sal dan juga sempena kehadiran orang baru warga cemara west iaitu anak sdr lokman dan Dr erni. majlis yang diadakan pada jam 5.30 petang itu mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat. Gambar sepanjang majlis berkenaan.



Program Yassin di rumah Puan Ana



Program yassin kembali lagi setelah berehat buat seketika dan kali ini di rumah Pn Ana Zuraida isteri kepada din 10210. Majlis bermula selepas solat asar pada hari sabtu 3/4/2010 yang lalu. Semoga program permulaan ini akan terus mendapat sambutan dari kalangan ahli yassin cemara.

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09