SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Friday, April 30, 2010

Majlis khatam Al Quran

Pada tanggal 18/4/2010 bersamaan hari Ahad yang lalu satu program khatam Al-Quran telah di jalankan dirumah Puan Mala di rumah No. 6 Cemara 11, beliau yang juga merupakan guru mengaji kepada anak-anak muridnya yang ramai telah mengelolakan program ini dengan bantuan dari komuniti Cemara West abgi melancarkan program ini. Seramai 10 orang anak-anak yang di raikan telah khatam Al-Quran bersama para ibu-ibu mereka. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dimulakan dengan perarakkan dan kompang di sekitar Cemara West diikuti persembahan nasyid dan kalangan anak-anak dan juga para ibu-ibu seterusnya majlis khatam AlQuran yang di bimbing oleh Puan Mala sendiri. Semoga program sebegini akan terus segar bertapak di komuniti Cemara West. Tahniah buat semua yang menjayakan program ini terutamanya Puan Mala yang sentiasa terbuka untuk mengajar anak-anak kejiranan mendalami Al-Quran. gambar sepanjang program tersebut.

perakakan dan kompang




kompang di kalangan anak-anak cemara west dan juga rakan-rakan dari SMKSU


persembahan nasyid oleh anak-anak khatam Al-Quran


Nasyid oleh para ibu-ibu


No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09