SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI
Tuesday, March 3, 2009
Bulan Sukan SUTRA, Vol. 2 -Bolasepak
Turun dengan penuh semangat kesukanan, pasukan Cemara West datang menyahut seruan untuk bertanding di pertandingan anjuran persatuan penduduk pada hari ahad yang lepas bersamaan 1 March 2009 bertempat di SMKSU. Gambar sepanjang kejohanan.









Monday, February 23, 2009
Friendly Match...CW vs Flora
Lawan tetap lawan.....itulah kata semangat untuk para pemain untuk semua acara yang disertai, kalah menang belakang kira janji kita turun untuk bertarung, Kami tetap bersemangat walaupun tak menang acara sukan yang telah dipertandingkan namun semalam hari Ahad 22/2/2009 bertempat di padang SMKSU jam 6 petang telah berlangsung perlawanan persahabatan antara pasukan bola CW dan juga Flora. Walaupun hujan turun dengan lebatnya, kami tetap meneruskan perlawanan sehingga pukul 7 petang. Perlawanan berkesudahan CW =1, Flora 3 dan gol pembukaan oleh pihak CW.
Gambar bersama pasukan flora sebelum perlawanan bermula

Gambar bersama pasukan flora sebelum perlawanan bermula
Bulan Sukan SUTRA , Vol. 1
Bersempena bulan Sukan SUTRA sepanjang bulan Februari ini, maka pihak komuniti Cemara West tidak ketinggalan untuk menyertai semua permainanan yang di pertandingkan iaitu Takraw, ping pong, bolasepak dan juga bola jaring. Pada hari Sabtu yang lepas 21/2/2009 telah berlangsung acara takraw dan juga ping pong. Acara takraw diadakan di gelanggang SMKSU pada sebelah pagi manakala sebelah petang acara ping pong berlangsung di bangunan Kidas sehingga jam 10 malam. Kemeriahan amat terasa oleh semua peserta. Bagi Cemara West walaupun tidak menang tapi semangat kesukanan dan juga komitten pihak pengurusan CW yang ditunjukkan amat dicemburui oleh pasukan lain. Keputusan bagi acara takraw, CW menduduki tempat ke 5 & 6 manakala acara ping pong mendapat tempat ke 4. Tahniah untuk semua peserta dan juga yang terlibat atas semangat yang anda semua tunjukkan.
Lihatlah saja sebelum kami bertolak ke SMKSu untuk acara takraw, berkumpul beramai-ramai bersama banner kata-kata semangat.

Lihatlah saja sebelum kami bertolak ke SMKSu untuk acara takraw, berkumpul beramai-ramai bersama banner kata-kata semangat.
siap dengan pakai jersey lagi sebelum bertolak
sebelum perlawanan antara Cemara B lawan Lili B
sebelum perlawanan antara Cemara B lawan Lili B
Sunday, February 15, 2009
Persiapan menjelang Jamuan Tahunan Cemara West
Walaupun hari jamuan Tahunan Cemara West beberapa minggu lagi,namun persiapan sudah mula diadakan.Sabtu,14 Febuari telah diadakan gotong royong membungkus hadiah untuk acara sukaneka kategori kanak-kanak.Sebanyak 160 bungkus hadiah telah disiapkan.
Jutaan terima kasih kepada kaum ibu yang sudi meluangkan masa menyiapkan tugas tersebut.Terima kasih juga kepada team kaum ibu yang pergi membeli hadiah di Mydin,USJ.




Jutaan terima kasih kepada kaum ibu yang sudi meluangkan masa menyiapkan tugas tersebut.Terima kasih juga kepada team kaum ibu yang pergi membeli hadiah di Mydin,USJ.
Tuesday, January 20, 2009
Cemara West@ Sinar Harian part 2
Keratan Akhbar Sinar Harian bertarikh 18 Januari 2009 (Ahad)

Lagi keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Januari 2009 (Isnin)

Sila klik di keratan gambar utk enlarge saiz.
Monday, January 19, 2009
Bulan Sukan part 5 -Karom & Congkak
Pada 18 Jan 09 bertempat di rumah no. 66 Cemara 11 dan juga no. 98 Cemara 7 telah berlangsung 2 acara untuk dewasa lelaki iaitu acara karom dan dewasa wanita bagi acara congkak dan batu seremban. Ini merupakan aktiviti hujung minggu sepanjang Bulan Januari sempena Bulan Sukan Cemara West '09. Acara berlangsung serentak di kedua-dua rumah tersebut pada jam 10.30 pagi. Ucapan terima kasih kepada tuan rumah Sdr Suhaimi & Shikin dan Juga Sdr Razip & Shikin yang kebtetulan nama isteri mereka sama atas kesudian menjadi tuan rumah dan juga jamuan yang disediakan sepanjang acara berlangsung.
Bagi acara Karom sebanyak 12 peserta dan di bahagi kepada 6 kumpulan dan keputusan untuk acara karom adalah seperti berikut mengikut nama kumpulan;
Juara : Kum. Kopi janda (Razak & Fuzi)
Naib Juara : Kum. Kopi Jantan (Rashid & Razip)
Ketiga : Kum. Kopi Radik (Azhar & anak Rashid...lupa nama lak)
Sessi penerangan oleh Sdr zainuddin

Acara bermula perlawanan antara kum. Kopi Radik Lwn Kopi O
Bagi acara Karom sebanyak 12 peserta dan di bahagi kepada 6 kumpulan dan keputusan untuk acara karom adalah seperti berikut mengikut nama kumpulan;
Juara : Kum. Kopi janda (Razak & Fuzi)
Naib Juara : Kum. Kopi Jantan (Rashid & Razip)
Ketiga : Kum. Kopi Radik (Azhar & anak Rashid...lupa nama lak)
Sessi penerangan oleh Sdr zainuddin
Acara bermula perlawanan antara kum. Kopi Radik Lwn Kopi O
Saturday, January 17, 2009
Bulan sukan part 4 -Bergu Campuran
Jumaat 16 jan ,telah berlangsung pertandingan badminton bergu campuran dan perseorangan lelaki.Penyertaan terdiri dari pasangan suami-isteri,anak dan bapa,anak dan ibu dan kaum ibu berpasangan dgn remaja.Oleh kerana sambutan yang begitu menggalakkan,pihak penganjur telah bersetuju untuk menambah bilangan pemenang.Bagi kategori bergu campuran hadiah telah disediakan hingga ketempat yang ke-5.
Berikut adalah keputusan rasmi:
Kategori Bergu Campuran.
Tempat pertama - Akmal/Liza
Tempat kedua - Hashim/Yah
Tempat ketiga - Naim/Nik
Tempat keempat - Akmal/Noni
Tempat kelima - Din/Ana
Kategori Perseorangan Lelaki
Tempat pertama - Hashim
Tempat Kedua - Din
Tempat ketiga - Naim
Berikut adalah keputusan rasmi:
Kategori Bergu Campuran.
Tempat pertama - Akmal/Liza
Tempat kedua - Hashim/Yah
Tempat ketiga - Naim/Nik
Tempat keempat - Akmal/Noni
Tempat kelima - Din/Ana
Kategori Perseorangan Lelaki
Tempat pertama - Hashim
Tempat Kedua - Din
Tempat ketiga - Naim
Subscribe to:
Posts (Atom)








