SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, February 23, 2009

Bulan Sukan SUTRA , Vol. 1

Bersempena bulan Sukan SUTRA sepanjang bulan Februari ini, maka pihak komuniti Cemara West tidak ketinggalan untuk menyertai semua permainanan yang di pertandingkan iaitu Takraw, ping pong, bolasepak dan juga bola jaring. Pada hari Sabtu yang lepas 21/2/2009 telah berlangsung acara takraw dan juga ping pong. Acara takraw diadakan di gelanggang SMKSU pada sebelah pagi manakala sebelah petang acara ping pong berlangsung di bangunan Kidas sehingga jam 10 malam. Kemeriahan amat terasa oleh semua peserta. Bagi Cemara West walaupun tidak menang tapi semangat kesukanan dan juga komitten pihak pengurusan CW yang ditunjukkan amat dicemburui oleh pasukan lain. Keputusan bagi acara takraw, CW menduduki tempat ke 5 & 6 manakala acara ping pong mendapat tempat ke 4. Tahniah untuk semua peserta dan juga yang terlibat atas semangat yang anda semua tunjukkan.

Lihatlah saja sebelum kami bertolak ke SMKSu untuk acara takraw, berkumpul beramai-ramai bersama banner kata-kata semangat.

siap dengan pakai jersey lagi sebelum bertolak
sebelum perlawanan antara Cemara B lawan Lili B

sebelum perlawanan antara cemara A dan Lili A

Gaya dan kesungguhan oleh para pemain

setelah penat berlawanan, berkumpul sambil menjamu selera


Sebelah petang, tepat jam 3.00 perlawanan pertama antara Razip CW dan Mamat Agk

Bergu pasangan bang Lan dan Amir

bergu solihin dan Ku Shahiran

1 comment:

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09