SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, January 19, 2009

Bulan Sukan part 5 -Karom & Congkak

Pada 18 Jan 09 bertempat di rumah no. 66 Cemara 11 dan juga no. 98 Cemara 7 telah berlangsung 2 acara untuk dewasa lelaki iaitu acara karom dan dewasa wanita bagi acara congkak dan batu seremban. Ini merupakan aktiviti hujung minggu sepanjang Bulan Januari sempena Bulan Sukan Cemara West '09. Acara berlangsung serentak di kedua-dua rumah tersebut pada jam 10.30 pagi. Ucapan terima kasih kepada tuan rumah Sdr Suhaimi & Shikin dan Juga Sdr Razip & Shikin yang kebtetulan nama isteri mereka sama atas kesudian menjadi tuan rumah dan juga jamuan yang disediakan sepanjang acara berlangsung.
Bagi acara Karom sebanyak 12 peserta dan di bahagi kepada 6 kumpulan dan keputusan untuk acara karom adalah seperti berikut mengikut nama kumpulan;
Juara : Kum. Kopi janda (Razak & Fuzi)
Naib Juara : Kum. Kopi Jantan (Rashid & Razip)
Ketiga : Kum. Kopi Radik (Azhar & anak Rashid...lupa nama lak)

Sessi penerangan oleh Sdr zainuddin

Acara bermula perlawanan antara kum. Kopi Radik Lwn Kopi O
Perlawanan antara Kum. Jejaka Idaman Lwn Kum. Kopi Jantan

Perlawanan antara Kum. Kopi Janda lwn Kum 10to 1o
Kanak-kanak juga tak lepaskan peluang naik main sama.

perlawanan akhir utk juara dan naib juara antara Kopi Janda lwn Kopi Jantan
Perlawanan akhir antara kopi Radik dgn Kopi O

Gambar sekitar acara congkak di rumah Sdr Razip. Keputusan untuk acara congkak dan batu seremban akan di umumkan pada hari Jamuan kelak.


No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09