SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Thursday, March 5, 2009

JMMTCW, part 3.....Fliers



Ya!!! Jamuan Tahunan Kejiranan Cemara West kini muncul lagi. Dengan segala hormatnya, tuan puan sekeluarga warga Kejiranan Cemara West dipersilakan untuk memeriahkan lagi Jamuan Tahunan Cemara West pada Sabtu 07 Mac 2009 mulai jam 0845 mlm di Corner Seven-Eleven (7/11). Aturcara Am adalah seperti berikut:

0845 - Warga RTCW berkumpul ; Door Gift untuk anak-anak.
0900 - Bacaan doa.
0905 - Ucapan Aluan dan Perasmian oleh Pengerusi KCW.
0910 - Pelancaran Kempen & Pengumuman.
0915 - Majlis Makan bermula dan acara selingan (permainan ringkas).
0925 - Wayang pacak untuk kanak-kanak.

Majlis penyampaian hadiah-hadiah Sukan, Bestari CW, Khas serta Cabutan Bertuah akan berjalan serentak mengikut kesesuaian.

Hadiah khas untuk keluarga berpakaian ‘TerOren’ turut disediakan. Berani?

Makanan utama dan minuman disediakan. Gotong royong bermula pada Jumaat malam 6 hb Mac (0900 mlm) dan selepas Zohor (2.00 ptg) pada Sabtu 7 Mac. Tuan Puan juga turut dialu-alukan untuk membawa kuih muih atau juadah secara pot-luck seadanya (pot luck mengikut blok digalakkan). Makanan utama akan disediakan secara gotong royong. Datanglah untuk gotong royong dan meriahkan Jamuan Tahunan sambil mengeratkan silaturrahim antara kita.
Jumpa disana!!!!Jom!

KOMUNITI ERAT MEMBAWA BERKAT!!

No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09