Selain daripada itu Pengerusi Komuniti Cemara West(KCW) dalam ucapannya menyatakan rasa syukur dan bertuah kerana kerjasama yang diberikan untuk setiap program yang dianjurkan oleh para sukarelawan KCW dan majlis Jamuan Makan Malam Cemara West ini adalah kali ke-5 diadakan berturut-turut. Peringatan juga dilontarkan agar semua penduduk tidak leka dengan keamanan kawasan dari di cerobohi pencuri-pencuri dan sentiasa bersikap waspada pada setiap masa terhadap kejiranan ini. Disamping itu juga sikap menjaga kebersihan rumah dan persekitaran amat penting dalam menghadapi situasi sekarang dimana wabak denggi yang senang merebak.Demi mengalakkan sikap inginkan kebersihan Pengerusi KCW telah melancarkan Kempen Kearah Sifar Sampah peringkat KCW semoga sikap ini akan dapat diperluakan keperingkat yang lebih luas lagi terutamanya Saujana Utama.
Pada malam ini juga, acara penyampaian hadiah untuk semua cara sukan yang telah dipertandingakn sepanjang bulan Sukan Cemara West sepanjang bulan Januari 2009 dan juga penyampaian anugerah Program Bestari Cemara West untuk anak-anak yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR,PMR dan SPM yang lalu.Pelbagai hadiah cabutan bertuah juga disediakan termasuk hadiah utama merupakan sebuah TV flat skrin 21". Majlis telah berakhir pada jam 11.30 malam dan kerja-kerja mengemas dan penghantaran semula siap pada jam 12.45 malam. Saya mewakili Pengerusi KCW mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH terhadap semua sukarelawan yang gigih dan berdedikasi demi menjayakan program tahunan KCW dengan jayanya.Walaupun terdapat banyak dugaan dan rintangan yang perlu kita hadapi namun niat yang baik pastinya akan mendapat pertolonganNYA. Semoga Tahun hadapan diharapkan ianya lebih baik dan meriah lagi. Tanpa sukarelawan semua pastinya program ini tidak akan dapat diadakan.
Gambar-gambar sekitar majlis.
Bebudak layan dengan wayang pacak - UPIN & IPIN
nampak tak?..rata-rata berbaju OREN
sana-sini sebelum majlis bermula
Majlis bermula dengan ucapan Pengerusi Majlis merangkap emcee
Bacaan doa oleh Sdr Mahfuz
Ucapan alu-aluan juga dari Pengerusi SUTRA, Sdr Zakri Iskandar
Ucapan dari Pengerusi Komuniti Cemar West, Sdr Ir Razip dan seterusnya melancarkan Kempen Kearah Sifar Sampah peringkat Cemara West
Kempen telah bermula, banting-banting ini akan digantung sekitar Komuniti Cemara West
Persembahan bunga api bagi memeriahkan program
acara memotong kek sempena jamuan ini, di gambar dari kiri Hassan Masrom(Peng. Surau Alhidayah), Zakri (Peng. SUTRA),Ir Razip(Peng. KCW) & Samrin (Peng. Majlis)
Majlis Makan Malm bermula.....
....jangan berebut ya, banyak makanan tu
semua dah tak tahan nak makan
kaunter air pun sibuk jugak
semua memang berani la pakai yang ter"OREN"
No comments:
Post a Comment