SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, November 17, 2008

Projek Mural@SKSU part 1

Pada 16hb Nov 2008 komuniti Cemara West meneruskan projek kemasyarakatan dan kali ini adalah projek membuat mural di SKSU. Terima kasih kepada Guru Besar En Nor Hamshah yang telah memberi kebenaran untuk pihak Cemara West menjalankan projek ini. Kerja-kerja melakar telah bermula pada petang hari Sabtu 15 Nov 2008 dan kerja mewarna telah dijalan pada awal pagi keesokan harinya. Hampir 85% kerja mewarna telah siap namun disebabkan hujan yang begitu lebat kerja mewarna terpaksa dihentikan dan akan disiapkan selewat-lewatnya pada hari Sabtu ini bersamaan 22 Nov 2008 . Terima kasih diucapkan kepada Pn Noni, Pn Yah & Pn Hasnah kerana turut membantu dan juga menyediakan minuman dan masak mee goreng untuk para sukarelawan.
Sebelum cat jam 9.30 pagi
Jam 6.00 petang

Perasmian Kerja Mengecat

Sekitar aktiviti mengecat


2 comments:

Anonymous said...

bangganya saya tengok kerjasama antara penduduk setempat dengan pihak sekolah.
tahniah.
selalu ke join perkara ni?

Anonymous said...

komuniti kami sentiasa bekerjasama dgn semua pihak terutamnya dari pihak sekolah samada rendah atau menengah sebab anak2 kami ada disitu

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09