Pihak penganjur mendapat respon yang positif terhadap program ini dan pelbagai cadangan telah diberikan dan kami akan pertimbangkan dan yang pasti program ini akan kembali lagi dengan kapasiti yang lebih besar lagi dari segi promosi. Kepada semua penduduk Cemara West yang terlibat di ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda semua kerna sesungguhnya apa yang kita capai dalam program ini adalah untuk menyambut seruan kerajaan dalam program kitar semula dan kempen bumi hijau dan yang lebih menarik melalui program ini pihak penganjur dapat mengumpul kutipan sebanyak RM200.00 hasil jualan barangan kitar semula dan di masukkan ke tabung Cemara West untuk penganjuran aktivit seterusnya. Gambar-gambar sekitar program tersebut;
antara barangan garage sale
barangan kitar semula yang dapat di kumpulkan
penduduk sebuk melihat barangan yang dijual
antara barangan yang telah terjual dengan harga yang amat istimewa sekali
sukarelawan tengah menyusun semula pakaian terpakai sebelum dihantar kepada golongan yang memerlukan
pihak penganjur juga berbesar hati menyediakan minuman dan juga kepada yang sponsor makanan dan kuih muih
No comments:
Post a Comment