SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Sunday, July 12, 2009

Geng KCW @Karnival Jom Ke Surau 2009

Pada 4 Julai 2009 sempena karnival Jom Ke Surau 2009 geng KCW sekali lagi turut serta untuk memeriahkan lagi program sehari anjuran surau AlHidayah. Kali ini mereka turun sebagai peniaga, memang hebat walaupun sebagai peniaga kecil tetapi mereka begitu bersemangat dan difahamkan gerai KCW yang menjual nasi lemak dan kuih muih habis licin jualannya yang diushakan oleh Pn Noni & Pn Zura juga dibantu oleh Pn Yah & Pn Dilla. Manakala Pn hasnah pula menjual pakaian Muslimah dan Pn Dilla & Azli menjual susu Alpha Lipid. Namun demikian cara pengendalian gerai dibuat secara gotong royong dimana mereka saling membantu antara satu sama lain. Alhamdulillah difahamkan mereka semua mendapat jualan yang baik sekali dan akan terus bertekad untuk berniaga jika ada anjuran disekitar Saujana Utama. Syabas kepada mereka dan semoga akan terus berusaha untuk memajukan perniagaan mereka.

Gantung banner pada malam sebelum hari Karnival di surau Al hidayah

Geng Niaga Nasi lemak Cemara West

Kamil tengah melayan pelanggan pertama.....mengigil tu

......sambutan yang baik

Hasnah dan Busana Muslimah

lagi di gerai Alpha Lipid

No comments:

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09