SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Wednesday, December 8, 2010

Salam maal hijrah 1432



Salam Maal Hijrah buat warga cemara west khususnya dan seluruh penduduk saujana utama semoga dengan bermulanya tahun baru islam ini akan menguatkan azam kita menjadi insan yang lebih baik lagi

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha 2010



Salam aidil adha buat semua warga cemara west semoga akan sentiasa di berkati dan di rahmati oleh allah.Bagi pihak admin laman blog ini juga memohon maaf kerana agak jarang sekarang ini mengemaskini berita-berita yang berlaku di sekitar komuniti kita di sebabkan tugasan harian yang semakin bertambah.

Monday, October 25, 2010

Bakal Haji Cemara West

Dalam diam tak diam syawal telah lama berlalu dan dalam kesebukkan dan kerja2 harian nampaknya beberapa rakan2 kita di cemara west telah mendapat jemputan untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Antara yang saya tahu setakat ini adalah Tn Hj Halim yang akan pergi buat kali ke 2 bersama ibunya, Sdr Khaironi dari Cemara 7 yang telah berlepas pada hari ahad semalam jam 6 petang dan sdr Muzaffar juga dari Cemara 7 yang akan berangkat pada pertengahan bulan November. Semoga mereka dapat mengerjakan haji mereka dengan sebaiknya dan juga di doakan semoga selamat pergi dan juga kembali ke tanah air.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan



Salam Ramadan al mubarak kepada semua warga Cemara West semoga Ramadan kali ini adalah lebih bermakna untuk kita semua dan mendapat keredhaan yang ESA. Sama-samalah kita menghidupkan bulan Ramadan dengan pengisian yang sebaiknya. Amin

Wednesday, July 28, 2010

Kenali Anggota Sektor SU1


Lawatan KP Kuala Selangor

TN Sup. Mohd Taib bersama Pengerusi Cemara West Tn Ir Kol Mohd Razip di hadapan rumah beliau di Cemara 7

...lagi bersama Sdr Kamil


Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 24 Julai 2010 selepas perjumpaan pihak IPD Kuala Selangor yang turut bersama KP Kuala Selangor dan semua anggotanya di rumah Kelab Saujana Utama. Pihak polis yang diketuai oleh KP Kuala Selangor Tn Sup Mohd Taib telah meluangkan masa mengedarkan kad pemberitahuan angota sektor utk kawasan SU1 iaitu L/Kpl Che Mohd Rohaizat. Semoga dengan lawatan sambil bermesra dengan orang awam akan menambah lagi ke akraban antara polis dan penduduk SU.

Monday, July 26, 2010

Kami cakap dan kami buat

Kerja-kerja bermula


dah mula mengerudi jalan


inilah hasilnya............sepakat menjadi berkat


Seperti yang di putusakan pada mesyuarat pada hari jumaat lalu, kami pihak KCW telah turun pada pada pagi ahad untuk mengubah suai jalan pintas kepada laluan khas basikal sahaja. Alhamdulillah berkat sokongan dari penduduk kerja-kerja yang dibuat secara gotong royong ini telah dapat di selesai pada jam 1.30 tengahari. Maka dengan ini jalan pintas para pelajar ini hanya boleh digunakan untuk basikal sahaja. Walaupun ramai penduduk KCW yang mengunakan motosikal mengunakan laluan ini namun atas nama keselamatan kami terpaksa akur dan berkorban dengan keselesaan yang di tarik balik ini.

Terima kasih juga kepada penduduk yang menyediakan makanan dan minuman untuk gotong royong kali ini.

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09