SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Tuesday, October 4, 2011

Majlis Ramah Mesra Pasca Aidilfitri

Alhamdulillah dengan keizinannya, maka pada hari sabtu yang lalu bersamaan 1/10/2011 bermula jam 8 malam, pihak penduduk komuniti Cemara west telah beramai-ramai menjayakan Majlis Ramah Mesra Pasca Aidilfitri 2011. Atas usaha dan kegigihan para penduduknya majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan pelbagai aktiviti sampingan telah dijalankan sepanjang majlis tersebut terutamanya bagi kanak-kanak. Juadah utama pada malam tersebut adalah lemang, rendang daging dan ayam juga ketupat segera yang kami sediakan secara gotong royong seawal jam 9 pagi sehinggalah selesai semuanya.

Sesungguhnya tiada kepuasan yang dapat dinikmati selain majlis yang dianjurkan mendapat sambutan baik dari penduduk.Ucapan terima kasih kepada pengerusi SUTRA Sdr Zakri Iskandar juga pengerusi Surau Alhidayah kerana sudi hadir kemajlis kami.

Ucapan terima kasih kepada seluruh warga Komuniti Cemara West yang telah bersama-sama menjayakan majlis kali ini kerana tanpa usaha anda semua pasti majlis ini tidak kemana.

gambar sekitar majlis tersebut.



penduduk komuniti cemara west mula mengisi ruang kerusi yang disediakan








Masa menjamu selera............jom makan






hmmmpppphhhh........sedapnya la




Pengerusi Surau Alhidayah sedang menikmati hidangan....apalah geli hati tu


Acara selingan untuk kanak-kanak dan ibubapa....memang njoy mereka.






Penyampaian pelbagai hadiah dan cabutan bertuah dikalangan penduduk









anak bujang yang banyak membantu pada malam tersebut...tahniah

Wednesday, September 28, 2011

Majlis Ramah Mesra Pasca Aidilfitri



untuk besarkan image klik di gambar.

Tuesday, August 16, 2011

Terima kasih Jabatan Pertahanan Awam

Pada 15/8/2011 bersamaan hari isnin pihak komuniti cemara west telah memanggil bantuan dari jabatan pertahanan awam untuk membantu memusnahkan sarang tebuan tanah di belakang rumah no. 47 cemara 11. Pasukan terdiri 4 orang ini telah sampai lebih kurang jam 10 malam dari Kuala Selangor. Sarang tebuan tanah yang bersaiz agak besar ini amat merbahaya dan telah menyengat 2 orang penduduk di kawasan tersebut dan sebelum ianya akan memudaratkan lebih ramai lagi penduduk maka pihak komuniti telah mendapatkan bantuan jabatan pertahanan awam ini. Kaedah yang digunakan amat mudah sekali dan kami juga sedidikit sebanyak telah mempelajari sesuatu sekiranya terdapat sarang tebuan tanah yang perlu di musnahkan. Mereka yang telah di latih dapat memusnahkan sarang tebuan tanah ini dalam masa 10 minit saja, mereka mengunakan spray bygon sebagai alat pembakar api yang begitu eifsyen.

Kepada semua penduduk cemara west bersama-samalah kita menjaga kebersihan sekitar rumah kita dan jika anda bercucuk tanam dan tanaman anda berdekatan dengan rumah dan laluan kanak-kanak bermain, rajin-rajinlah mengemaskan sekitar tanaman anda agar tidak menjadi sarang binatang berbisa.

Sekali lagi di ucapkan terima kasih kepada jabatan pertahanan awam dari kami di komuniti cemara west.






Wednesday, August 3, 2011

Solat Isyak dan Yassin Cemara West

Salam Ramadan buat semua warga Cemara West. Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan 29 Julai 2011 pihak Komuniti Cemara West telah mengadakan Program Solat Isyak dan Bacaan Yassin secara berjemaah. Alhamdulillah majlis serba ringkas ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk walaupun tidak dapat menghimpunkan semua. Program yang bermula pada jam 8.45 malam dengan solat isyak berjemaah dan setelah selesai solat telah di berikan slot untuk Ustaz Dr Zaki yang juga imam pada malam tersebut telah memberikan tazkirah kepada penduduk yang hadir pada malam tersebut. Semoga sedikit sebanyak pesanan dan nasihat oleh ustaz zaki akan memberikan manfaat yang sebaiknya kepada semua.

Majlis telah diteruskan dengan bacaan yassin dan doa selamat yang diketuai sekali lagi oleh Ustaz Dr Zaki. Setelah selesai bacaan yassin, Sdr Suhaimi telah memberikan sedikit ucapan dan peringatan terutamanya menjelang ramadan agar semua penduduk sentiasa berwaspada setiap waktu untuk menjaga keselematan keluarga dan kawasan Cemara West amnya.

Manakala jamuan pada kali ini adalah juadah yang dibawa sendiri dikalangan penduduk untuk sama-sama di makan dan alhamdulillah makanan yang dibawa cukup untuk semua yang hadir. Pada malam tersebut telah diadakan kutipan khas untuk tabung Cemara West bagi membiayai program-program kami selepas ini dan jumlah kutipan yang telah di kutip adalah sebanyak RM285.00. Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program kita pada kali ini juga kepada para penderma yang budiman.

gambar sekitar Program Solat Isyak dan bacaan Yassin.

Solat Isyak berjemaah



tazkirah oleh Ustaz Dr Zaki



Ucapan pengerusi Cemara West Sdr Suhaimi


Sekitar jamuan makan






Monday, August 1, 2011

Salam Ramadan Al Mubarak



Selamat menyambut bulan Ramadan kami ucapkan kepada semua warga Cemara West semoga Ramadan kali ini adalah yang terbaik dari kita.

Tuesday, July 26, 2011

Program Gotong Royong

PROGRAM

GOTONG ROYONG SEMPENA RAMADAN

ANJURAN KOMUNITI CEMARA WEST

SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK TIDAK LAMA LAGI PIHAK KOMUNITI CEMARA WEST AKAN MENGADAKAN GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKITAR CEMARA WEST SEPERTI DI BAWAH .

TARIKH : 30/7/2011(SABTU)

MASA : 8.00 PAGI – 12 TENGAHARI

LOKASI : HUJUNG CEMARA 11@KONER KAMBING (SEMUA WARGA CEMARA WEST DIJEMPUT)

ATURCARA PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT;

8.00 PAGI : BERKUMPUL DI HUJUNG CEMARA 11@KONER KAMBING

8.15 PAGI : TAKLIMAT GOTONG ROYONG & SARAPAN PAGI

8.30 PAGI : GOTONG ROYONG BERMULA (PLASTIK SAMPAH AKAN DISEDIAKAN)

12.00 TGH HARI : BERSURAI

NOTA :

  1. SILA BAWA PERALATAN YANG BERSESUAIAN SEPERTI MESIN RUMPUT, SABIT, CANGKUL, PARANG, KERETA SORONG DAN LAIN-LAIN.

Program Solat Isyak dan Yassin Sempena Ramadan

PROGRAM

BACAAN YASSIN SEMPENA RAMADAN

ANJURAN KOMUNITI CEMARA WEST

SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK TIDAK LAMA LAGI PIHAK KOMUNITI CEMARA WEST AKAN MENGADAKAN SATU MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEPERTI DI BAWAH .

TARIKH : 29/7/2011 (JUMAAT MALAM SABTU)

MASA : 8.15 MALAM – 10.30 MALAM

LOKASI : HUJUNG CEMARA 11@KONER KAMBING

ATURCARA PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT;

8.15 MALAM : BERKUMPUL DI HUJUNG CEMARA 11@KONER KAMBING

8.45 MALAM : SOLAT ISYAK BERJEMAAH (TIKAR AKAN DI SEDIAKAN)

9.15 MALAM : BACAAN YASSIN & DOA SELAMAT (SILA BAWA SURAH YASSIN)

9.45 MALAM : JAMUAN MAKAN

10.45 MALAM : BERKEMAS & BERSURAI

UNTUK JAMUAN

PIHAK PENGANJUR AKAN MENYEDIAKAN MINUMAN SAJA BESERTA CAWAN, PINGGAN, MANGKUK, SUDU & GARPU. WARGA CEMARA WEST DIGALAK MEMBAWA MAKANAN @POT LUCK UNTUK KITA MAKAN BERSAMA.

TABUNG KOMUNITI CEMARA WEST

PIHAK KOMUNITI AKAN MENYEDIAKAN TABUNG UNTUK KUTIPAN SUMBANGAN IKHLAS DARI WARGA CEMARA WEST BAGI MENAMPUNG TABUNG CEMARA BAGI AKTIVITI-AKTIVITI SETERUSNYA.

SEBARANG PERTANYAAN ATAU INGIN MENYUMBANG UNTUK TABUNG CEMARA WEST SILA BERHUBUNG DENGAN PN AISYAH : 019-2801747 ATAU EN WADI 010-5192563

SEMUA WARGA CEMARA WEST DI JEMPUT HADIR

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09