SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, July 25, 2011

YASSIN CEMARA KEMBALI LAGI......

Setelah hampir setahun berhenti berehat,kumpulan yassin cemara kembali lagi pada 24 julai bersamaan hari Ahad lepas.. Kak Sal sebagai tuan rumah mengadakan majlis bacaan yassin sempena menyambut ramadhan.Hampir semua ahli kumpulan yassin hadir meraikan majlis kali ini..berikut gambar yang sempat di ambil untuk di kongsi bersama.





Wednesday, May 18, 2011

kes pecah rumah lagi

salam buat semua,

Untuk makluman bahawa rumah cikgu zamri No. 68 Cemara 11 telah di masuki pencuri pada Isnin 16/5/2011 diantara jam 1.30 petang hingga 5.30 petang, sewaktu kejadian tiada penghuni di dalam rumah tersebut. Semoga kita semua akan terus berwaspada di kalangan jiran tetangga tak kira siang atau pun malam kerana sesungguhnya malang tidak berbau dan apa yang perlu kita tingkatkan adalah keadaan sentiasa berjaga-jaga setiap waktu.

Monday, April 25, 2011

Program Sepagi Bersama Ahli Majlis

Pada hari Ahad yang lepas bersamaan 24/4/2011 pihak komuniti Cemara West telah mengadakan "Program Sepagi Bersama Ahli Majlis" yang diadakan di hujung cemara 11@koner kambing. Acara yang bermula seawal jam 8.00 dengan pendaftaran anak-anak diantara 5 hingga 12 tahun untuk acara sukaneka. Antara acara sukaneka yang diadakan adalah tiup belon, masukkan air dalam botol, acara hulahup gelung rotan. Program santai ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk untuk bersama bertukar cerita setelah agak lama tiada program sebegini sambil menikmati sarapan pagi manakala kanak-kanak bergembira dengan acara sukaneka.

Pihak Komuniti Cemara West juga amat mengalu-alukan kedatangan ahli Majlis Sdr Fakharuddin dan juga Pengerusi SUTRA Sdr Zakri Iskandar untuk bersama-sama kami kali ini. Majlis penerangan dan dialog yang diadakan ini dapat memberi peluang kepada penduduk menyuarakan apa juga perkara yang dirasakan dapat diberikan perhatian oleh MDKS demi kebaikan bersama dan diantara isu yang di bangkitkan adalah pembersihan longkang, pemotongan rumput di hadapan rumah, isu semak samun di antara jalan sekolah dan pristana, pokok yang perlu di cantas, bonggol jalan yang telah dikenal pasti lokasi untuk ditambah, masalah anjing liar, lampu jalan di beberapa spot yang agak gelap. Isu tapak dewan orang ramai juga di tanyakan kepada ahli majlis dan penjelasan dari ahli majlis adalah tanah tersebut memang telah digazetkan dan menunggu hakmilik terhadap tanah tersebut yang dijangka akan dikeluarkan sekitar bulan Julai tahun ini dan berharap selepas itu akan ada perkembangan baik untuk pembinaan dewan orang ramai ini dan buat masa ini pihak penduduk tidak salah untuk mengunakan kawasan tersebut untuk bercucuk tanam selagi mendapat kerjasama di antara penduduk.

Majlis diakhiri dengan sumbangan sebuah khemah yang tak seberapa kepada pihak komuniti Cemara West dan penyampaian hadiah kepada semua para pemenang acara sukaneka. Ucapan tahniah dan setinggi terima kasih kepada semua penduduk cemara west yang bersama-sama menjayakan program kali ini dan pada yang tak berkesempatan insyaallah akan menyusul beberapa program sebelum ramadhan nanti.


Sessi pendaftaran dan penerangan sebelum acara sukaneka bermula



acara sukaneka bermula



dah penat......jom sarapan pagi






sedap makan pagi2 ye...


acara selingan untuk kaum ibu


kehadiran ahli Majlis Sdr Fakharuddin


juga pengerusi SUTRA Sdr Zakri Iskandar


semua rilek sebelum acara penyampaian hadiah



ucapan pengerusi SUTRA


ucapan Ahli Majlis seterusnya sessi dialog


sumbangan khemah oleh Ahli Majlis kepada komuniti Cemara West diterima oleh Pengerusi Cemara West sdr Shuhaimi...terima kasih ye


acara ringkas penyampaian hadiah



Monday, March 21, 2011

kes pecah rumah di cemara west

Untuk makluman semua pada hari sabtu malam ahad yang lalu bersamaan 19/3/2011 telah berlaku 2 pecah rumah di cemara 11 dan cemara 7. Ketika kejadian berlaku penghuni tiada di rumah di sebabkan cuti sekolah. Maklumat terperinci akan saya letakkan di sini setelah mendapat kebenaran dari pemilik rumah tersebut.

Semoga kita sama mengambil langkah berjaga-jaga setiap masa untuk mengelakkan kejadian yang seumpanya berulang kembali.

Monday, January 24, 2011

bbq@cemara west


gambar kenangan bersama sebahagian yang turut serta di majlis ini

Majlis meraikan Pengerusi Cemara West Tn Ir Kol Razip telah diadakan di koner kambing cemara west pada hari sabtu bersamaan 22/1/2011 selepas solat isyak. Majlis yang di rancang pada saat akhir di mana pihak ajk hanya bermsyuarat pada hari khamis malam dan telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis ini. Walaupun kesuntukkan masa alhamdulillah dgn kerjasama dari warga cemara west kami dapat mengumpulkan seramai 35 keluarga untuk kali ini dan alhamdulillah pelbagai juadah yang di bawa oleh penduduk dapat dinikmati bersama selain menu utama yang kami sediakan iaitu bbq ayam, ikan patin & ikan talapiah, kambing dan bihun goreng.

Nampaknya setelah agak lama tidak mengadakan sebarang aktiviti di sebabkan kesebukan para ajk namun pada malam itu menunjukkan semangat baru agar komuniti cemara west akan terus berusaha mengadakan pelbagai aktiviti demi mengeratkan semangat kejiranan yang sedia ada. Pada perjumpaan ini juga penganjur telah mengambil kesempatan melantik pengerusi baru sementara Sdr Razip tiada di sini dan di gantikan oleh Sdr Suhaimi yg merupakan naib pengerusi cemara west yang akan di bantu oleh 2 orang naib pengerusi 1 & 2 iaitu Sdr Razak dari Cemara 9 dan Sdr Kamil dari Cemara 7. Manakala untuk Yassin Cemara bersetuju melantik Pn Zaiton selaku ketua Yassin Wanita Cemara di bantu oleh Pn Nik dan Bendahari oleh Kak Aisyah.Namun untuk Yassin Cemara mereka akan mengadakan mesyuarat untuk menyelaraskan ajk mereka sendiri. Inisiatif ini di buat agar yassin cemara akan terus bergerak dengan baiknya.

Semoga dengan adanya barisan kepimpinan yang baru akan dapat memberi nafas baru kepada cemara west dalam merancang program yang akan memberi manfaat kepada semua.

Buat Sdr Razip sekeluarga kami di komuniti cemara west mengucapkan selamat bertugas di Peranchis dan di doakan agar sentiasa sihat sepanjang di sana dan sekali lagi mewakili komuniti cemara west kami memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap.

sebahagian lagi gambar sekitar majlis tersebut.








Friday, January 21, 2011

Majlis Meraikan Pengerusi Cemara West

Satu majlis meraikan Pengerusi Cemara West Tn Ir Kol Razip yang akan bertugas di Peranchis untuk tempoh 3 tahun dan di jadualkan bertolak pada 27/1/2011, majlis akan diadakan seperti berikut;

Hari : Sabtu
Tarikh : 22/1/2011
Masa : 8.45 malam
Menu : BBQ ( Ayam, kambing dan sosej)
Bihun goreng
Potluck di alu-alukan selain makan di atas.

Untuk majlis ini kami mengenakan bayaran sekurang-kurangnya RM20.00 satu keluarga yang perlu
di bayar kepada En Wadi (71 cemara 11) atau Cikgu Zamri (68 cemara 11) dengan secepat mungkin atau anda juga boleh membuat bayaran pada malam tersebut.

Anda juga perlu memberi sms kepada En Wadi "datang ke jamuan cemara west" dan hantar ke nombor 019-6052652 untuk memudahkan anggaran yang akan datang pada malam tersebut.

Gotong royong penyediaan untuk majlis ini akan diadakan pada petang hari Sabtu jam 3.00 petang di halaman rumah En Wadi.

Sila sebarkan di kalangan rakan2 yang mungkin tidak membaca blog ini.

Sokongan anda amatlah di hargai.

Sekian Terima kasih
Bagi pihak Komuniti Cemara West.

Wednesday, December 8, 2010

Salam maal hijrah 1432



Salam Maal Hijrah buat warga cemara west khususnya dan seluruh penduduk saujana utama semoga dengan bermulanya tahun baru islam ini akan menguatkan azam kita menjadi insan yang lebih baik lagi

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09