Pada hari ahad bersamaan 23/5/2010 sekali lagi komuniti cemara west telah mengadakan program gotong royong keceriaan. Program kali ini yang lebih mengutamakan keceriaan di kawasan kejiranan kami dan kerja-kerja mengecat "road curb", mencantas dahan-dahan pokok, mengecat dinding yang di conteng dan juga memotong rumput di rumah yang tak berpenghuni. Program yang bermula seawal 8 pagi dan berakhir lebih kurang jam 11.30 pagi telah mendapat sambutan yang amat baik sekali dari kalangan warga cemara west. Pihak komuniti berharap dengan adanya program sebegini akan menambah kesederan penduduk dalam menjaga kebersihan dan keceriaan di kawasan perumahan yang mereka duduki. Program serampang dua mata ini bukan saja dapat mengukuhkan lagi semangat kejiranan tetapi dapat memberi suasana kediaman dengan lebih ceria dan menarik. Gambar-gambar menarik sekitar program tersebut;
bacaan doa oleh ust zaki
pembahagian tugas berlangsung
kerja pun bermula......semangat kerjasama
cat dinding yang di conteng oleh mereka yang tak bertanggungjawab
memotong rumput di salah sebuah rumah kosong
bersihkan road curb dari rumput dan lalang sebelum di cat
betulkan tanda jalan yang dah nak tumbang
kerja-kerja membuang dahan-dahan pokok yang telah di cantas
mengecat tanda had berhenti di sekeitar cemara west
bila dah mula panas mulalah cari tempat berteduh jap
masa utk rehat dan menjamu selera.....macam-macam ada
tanda bagus....puashati la tu dengan kerja dan makan
terima kasih buat srikandi cemara west yang sudi menyediakan Judah
kena bersihkan dulu sebelum bersurai
inilah hasilnya "road curb" di kawasan cemara west.....tahniah
SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI
Monday, May 24, 2010
program yassin di rumah Pn Yah
Pada hari sabtu yg lalu bersamaan dengan 22/5/2010 telah di jalankan program Yassin Wanita Cemara dan kali ini di rumah Pn Yah di No. 45 Cemara 11. Program yang di jalankan lebih awal dari kebiasaan iaitu pada pukul 3 petang telah mendapat respon yang baik dari kalangan sahabat yassin berbanding waktu kebiasaan pada jam 5.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat.Gambar sekitar majlis tersebut
Monday, May 10, 2010
Program Yassin Di rumah Pn Laili
Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 8 Mei 2010 telah berlangsung program yassin Cemara di rumah Pn Laili di Cemara 7 walaupun hujan agak lebat pada pukul 4 petang namun telah reda pada pukul 5 lebih dan program yassin ini dapat berjalan dengan lancar dan alhamdulillah kerjasama erat di kalangan wanita Cemara ini amat baik sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)