SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Wednesday, February 24, 2010

Program KCW di Sinar Harian

Dapatkan senaskah akhbar Sinar Harian untuk mendapatkan berita tentang program KCW pada baru-baru ini. Klik pada image di bawah untuk besarkan size.

Monday, February 22, 2010

Sekitar Garage Sale & Kitar Semula

Pada hari ahad bersamaan 21/2/2010 telah di adakan program garage sale & hari kitar semula anjuran Komuniti Cemara West yang di adakan di hujung jalan Cemara 11 & 7 bermula pada jam 9.00 pagi sehingga pukul 12 tengahari. Satu program yang baik dan telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk setempat. Pelbagai barangan telah di hantar untuk di kitar semula dan kami juga telah mengambil pakaian terpakai untuk di berikan kepada mereka yang telah di kenal pasti. Nampaknya 3 objektif utama telah dapat di capai iaitu menjual barangan terpakai, menjual barangan kitar semula kepada penjual luar dan juga dapat bersedekah pakaian terpakai yang masih elok kepada mereka yang memerlukan.

Pihak penganjur mendapat respon yang positif terhadap program ini dan pelbagai cadangan telah diberikan dan kami akan pertimbangkan dan yang pasti program ini akan kembali lagi dengan kapasiti yang lebih besar lagi dari segi promosi. Kepada semua penduduk Cemara West yang terlibat di ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda semua kerna sesungguhnya apa yang kita capai dalam program ini adalah untuk menyambut seruan kerajaan dalam program kitar semula dan kempen bumi hijau dan yang lebih menarik melalui program ini pihak penganjur dapat mengumpul kutipan sebanyak RM200.00 hasil jualan barangan kitar semula dan di masukkan ke tabung Cemara West untuk penganjuran aktivit seterusnya. Gambar-gambar sekitar program tersebut;

antara barangan garage sale




barangan kitar semula yang dapat di kumpulkan



penduduk sebuk melihat barangan yang dijual



antara barangan yang telah terjual dengan harga yang amat istimewa sekali



sukarelawan tengah menyusun semula pakaian terpakai sebelum dihantar kepada golongan yang memerlukan

pihak penganjur juga berbesar hati menyediakan minuman dan juga kepada yang sponsor makanan dan kuih muih

Wednesday, February 17, 2010

Garaje Sale & Hari Kitar Semula 2010

Program Cemara West untuk tahun 2010 telah bermula. Sila klik untuk image yang lebih besar

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09