SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, January 25, 2010

MAJLIS BACAAN YASSIN DIRUMAH PN.ZARIN

Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 23/1/2010 telah diadakan program bacaan Yassin wanita Cemara yang telah diadakan di rumah No. 18 Cemara 11, Puan Zarin. Alhamdulillah setelah beberapa ketika berehat maka program mingguan ini kembali semula untuk tahun 2010. Kepada individu yang duduk di Cemara dan ingin menyertai program ini boleh berhubung dengan Pn Zaiton di rumah No. 50 Cemara 11. Sekitar gambar majlis bacaan Yassin.






Tuesday, January 19, 2010

Mesyuarat KCW - Jan 2010

Pada hari Rabu lepas bersamaan 13 Januari 2010 bertempat di rumah Pengerusi KCW Sdr Ir Razip telah diadakan perjumpaan di kalangan penduduk KCW bagi membincangkan dan merancang aktiviti bagi tahun 2010 untuk tempoh 6 bulan ini. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 malam telah di pengerusikan oleh Sdr Razip sendiri sebagai pembuka kata mesyuarat untuk tahun 2010 dan mengingatkan kepada semua yang hadir bahawa tugasan yang di pikul adalah berat kerana usaha kita untuk mengerakkan masyarakat setempat dengan secara sukarela dan terpaksa mengorbankan masa, tenaga dan juga wang ringgit adalah sesuatu yang perlu kecekalan dan semangat yang tinggi demi sebuah keharmonian masyarakat setempat. Kita mestilah sentiasa berlapang dada dalam menjalankan kerja-kerja sukarela ini dan terus mengajak rakan-rakan lain untuk turut serta. Aktiviti yang telah di persetujui untuk di jalankan sepanjang tempoh 6 bulan ini dan akan di perincikan dari masa kesemasa mengikut kesesuaian masa dan keadaan antaranya;

1. Garage Sale -di jangkakan akan di adakan pada 7/2/2010 (kemungkinan akan di tunda kerana bersamaan mesyuarat PIBG SKSU). Program ini memberi peluang untuk penduduk menjual barangan terpakai kepada sesiapa saja di kalangan penduduk SU.

2. Program bulan Sukan - 21/3/2010 - Hari Sukaneka untuk kanak-kanak dan Sukan Rakyat untuk remaja dan ibubapa . Manakala pada 27/3/2010 akan diadakan sukan "indoor game" untuk dewasa dan acara yang di cadangkan seperti karom, dat, congkak dan batu seremban.

3. Jamuan Tahunan KCW - di jangka pada 10/4/2010 dan juga di cadangkan untuk menjadi penganjur bersama untuk program Majlis Khatam Al Quran beramai-ramai pada sebelah paginya. Perincian program akan di beritahu kelak.

4. Gotong Royong membersih kawasan Komuniti Cemara West pada 22/5/2010

Sebarang pertukaran tarikh dan maklumat lanjut akan di beritahu melalui edaran surat kepada penduduk dan juga melalui blog komuniti ini. Dan di harapakan dengan adanya jadual program ini akan memberi peluang kepada penduduk untuk mengaturkan jadual program anda dan dapat menyertai aktiviti yang telah di rancang oleh pihak komuniti.

Pihak komuniti juga mengalu-alukan sumbangan wang ringgit untuk melaksanakan program-program ini dan kepada yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dan membayar kepada Cikgu Zambri di rumah NO. 68 Cemara 11 atau hubungi beliau di talian 019-2105423.

Bersama kita mengerakkan Komuniti Cemara West untuk kebaikan semua.

Gambar sekitar mesyuarat pada malam tersebut;

mendengar amanat dari pengerusi KCW.....di sinilah ianya bermula

semua memberi tumpuan penuh

wakil wanita KCW

Tuesday, January 12, 2010

Usahawan kecil Cemara west - part 4



Nampaknya bila di risik-risik nampaknya semakin ramai yang kini bergelar usahawan kecil di kalangan komuniti Cemara West. Segmen yang pihak admin kenalkan ini merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan produk/ perkhidmatan yang terdapat dan dapat disumbangkan oleh para usahawan kecil ini dan yang lebih penting ianya beroperasi di sekitar Saujana Utama. Setakat ini pihak admin mendapat respon yang baik dari kalangan penduduk Cemara West berkenaan segmen-segmen baru yang di perkenalkan dalam blog Cemara West ini dan sebenarnya akan terdapat beberapa segmen baru yang akan menyusul dan tak perlu kami dedahkan lagi tapi yang pasti ianya adalah untuk kebaikan bersama.

Kali ini bagi segmen kecil Cemara West - part 4, kami ingin mengetengahkan Sdr mahfuz yang tinggal di Cemara 11 yang telah mengusahakan kedai gunting rambutnya dengan nama "Kedai Gunting Al Qamar" di No.21 Jalan Dahlia 1, Saujana Utama. Menurut beliau sambutan alhamdulillah dan akan terus baiki perkhidmatan yang ada dengan sebaiknya. Bayaran yang di kenakan untuk gunting rambut adalah RM7 untuk dewasa, remaja -RM5 dan kanak-kanak sebanyak RM4 saja dan ianya amat berpatutan berbanding kedai lain. Semoga beliau akan terus berjaya di masa akan datang. Mai cuba sekali!!!

dihadapan kedai beliau

tengh sebuk dengan seorang pelanggan tetap beliau

Sunday, January 10, 2010

Segmen Hobi : Repair moto lama part 2

Masih ingat segmen hobi yang kami paparkan minggu lepas dan kalau anda semua masih ingat Tn Hj Azmi yang suka membaik pulih kenderaan lama, jika minggu lepas keadaan motosikal yang baru dibelinya dalam keadaan yang begitu teruk dan tak boleh bergerak namun atas berkat kesungguhan dan minat yang mendalam dalam kerja-kerja ini maka lihatlah hasilnya. Dari sebuah motosikal yang amat buruk tetapi hari ini telah bertukar wajah seperti RXZ yang baru saja. Sekalung tahniah buat beliau dan di fahamkan beliau ada projek baru lepas ni, nak tau? ikuti perkembangan dari masa kesemasa blog Cemara West ini.

Lihatlah gambar terbaru yang telah kami ambil.....perghhhhh memang cantik

Tn Hj Azmi dgn anaknya bersama motor kesayangan yang baru siap di baik pulih


So anda ada motor lama yang tak boleh bergerak? dan masih mencari2 siapa yang pandai membaik pulih? mungkin kawan kita ini boleh membantu anda.....tapi saya nak kena tanya dia dulu betul2, nak ke dia nak terima motor lama.

Wednesday, January 6, 2010

Usahawan kecil Cemara west - part 3




Alhamdulillah rezeki Allah ni ada di mana-mana dan pada kali ini saya berkesempatan singgah dan berbual panjang dengan En Raja Mohamad yang senang saya panggil dengan panggilan "Bang Raja". Beliau yang telah bersara dari PERHEBAT beberapa tahun yang lalu telah membuka perniagaan ABC di kawasan rumahnya dan hampir 2 tahun beliau menjalankan perniagaannya di rumah di No. 19 Cemara 7 dan alhamdulillah masih boleh bertahan hingga ke hari ini. Bang Raja juga bukan orang yang suka duduk diam pasti ada saja benda yang nak di buatnya. Nak tau apa dia? tunggu entri akan datang berkenaan beliau lagi.

Sapa yang nak rasa ABC Cemara West silalah berkunjung kerumah beliau ini, senang je nak cari berhadapan dengan Tadika PASTI AISYAH setiap hari kecuali hari ahad dan cuti umum. Jom pekena ABC!!!!

Tuesday, January 5, 2010

jalan Sesak kat Cemara west

Fenonema tahunan yang pasti melanda Su bila bermula pendaftaran sekolah bermula atau juga pada majlis ramah mesra bersama guru-guru atau juga masa majlis sukan tahunan. Maka berpusu lah ibubapa untuk datang ke sekolah demi meraikan anak tercinta. Bila jem gile macam ni maka macam2 lah keluar idea nak selesaikan masalah ini, masa ni la nak buat jalan one way la dan ada cakap nak kena paggil RELA la untuk jaga trafik. Tapi saya rasa walau apa pun nak buat tapi masalah paling besar adalah sikap pemandu sendiri la dan kena ada rasa hormat menghormati orang lain lain. Ini tidak dah la jem, ada lagi orang yang nak potong Q, so makin melekat la jalan tu.

Tapi yang pasti jalan2 di sekitar Cemara 11 & 7 pasti akan terlibat juga dengan kesesakkan yang berlaku. Lihat gambar2 yang sempat saya ambil pada 4 jan 2010.

gambar di hujung Cemara 11, kereta meletak kenderaaan di sekitar rumah penduduk


jalan juga sesak di hujung Jalan Cemara 7

Monday, January 4, 2010

Usahawan kecil Cemara west - part 2




Segmen Usahawan Kecil Cemara West kali ini ingin memaparkan usaha Pn Noni Abd Rahman yang telah membuka Taska beliau di No. 2 Jalan Cemara 8, Saujana Utama dengan nama TASKA TITIAN KASIH yang secara rasminya beroperasi pada hari ini Isnin 4 januari 2010. Beliau yang juga warga Cemara West dan banyak bergiat dengan kerja-kerja sukarelawan samada di peringkat Cemara West mahu pun diperingkat Saujana Utama. Alhamdulillah pihak admin diberitahu bahawa sokongan yang baik telah diterima oleh penduduk sekitar dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti tertera di banner diatas. Sesiapa yang berminat masih boleh terus menghubungi beliau.

Semoga beliau akan terus gigih dalam menjayakan Taska ini dan pihak admin akan memaparkan beberapa usahwan kecil dari kalangan warga Cemara West di sekitar SU ini dan diharapkan akan para pembaca akan terus memberi sokongan dalam apa juga usaha mereka ini.

Sunday, January 3, 2010

Segmen Hobi : Repair moto lama

Segmen baru bagi blog komuniti Cemara West merupakan segmen hobi di kalangan penduduknya di kala masa lapang. dan buat kali pertamanya kami ingin memaparkan hobi Tn Hj Azmi yang baru saja balik dari Mekah baru-baru ini. Mengenali beliau selama beliau mula berpindah ke SU pada tahun 2001 dan selama menjadi warga Cemara West beliau memang suka membaiki kereta dan motor lama yang di beli dengan harga yang murah dan membaik pulih semula sehingga kelihatan cantik dan menarik. Sepanjang tempoh hampir 9 tahun di sini beberapa biji motor telah di baiki dan juga kereta yang dibaiki dan telah dijual kembali sebelum bulan puasa pada tahun lepas.

Nampaknya hobinya tak berhenti begitu saja dan pada hari ini saya telah bertemu beliau yang sedang membaik pulih sebuah motor Yamaha RXZ tahun 1985 ku kira yang di belinya dengan harga yang berpatutan tapi tak boleh bergerak langsung disebabkan dah lama tak di pakai oleh pemiliknya.

Tn Hj Azmi sedang khusyuk dengan hobi beliau.


belaiu memberitahu kerja-kerja ini akan mengambil masa seminggu lebih bergantung masa terluangnya yang bekerja sebagai pegawai di ANGKASA.


kita akan lihat apa sudahnya motosikal ini selepas di baik pulih oleh beliau dan kita tunggu hasilnya nanti

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09