SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Thursday, December 31, 2009

Cemara West Juara Futsal!!!

Ya akhirnya pasukan Cemara West telah berjaya menjuari pertandingan futsal kain sarung sempena hari keluarga Saujana Utama anjuran SUTRA pada 20/12/2009.


Gambar kenangan sebelum perlawanan akhir cemara west vs Lili


Bagitu juga ucapan tahniah kepada Pn Shikin yang menjadi naib juara congkak pada pertandingan tersebut. Sekalung tahniah kepada semua pemain yang terlibat dan semoga akan terus bersemangat untuk menyertai pelbagai pertandingan nanti.

Ushawan kecil Cemara West - part 1



Kali ini pihak Cemara West akan mengetengahkan berita para usahawan Cemara West yang menjalankan aktiviti perniagaan di sekitar Cemara West dan untuk bahagian pertama kami amat berbangga dengan Sdr Kamil dan isteri Pn Zura yang telah membuka gerai nasi lemaknya dan kuih mueh di hadapan rumah beliau di No. 92 Cemara 7. Sememangnya masakan mereka suami isteri memang sedap dan terbukti di kalangan warga Cemara West dan sekitarnya. Hari ini adalah hari pertama beliau menjalankan perniagaan beliau dan semoga akan terus berjaya.

Sesapa nak rasa nasi lemak beliau bolehlah berkunjung ke gerai beliau setiap pagi.

Tuesday, December 8, 2009

Majlis khatam & khatan dirumah cikgu zamri

Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 3 Disember 2009 di rumah No. 68 Cemara 11 telah berlangsung majlis khatam Quran dan berzanji untuk meraikan anak Cikgu Zamri iaitu adik Mohd Irfan haziq (9 tahun) dan adik Mohd Sazwan Haziq yang akan berkhatan pada hari Ahad, 4 Disember. Majlis yang berlangsung tepat jam 10 pagi dengan perarakkan kompang di sekitar Cemara West dan diikuti majlis Khatam Quran dan juga majlis berzanji. Alhamdulillah cuaca amat baik sekali dan majlis telah berjalan lancar seperti yang di rancang. Terima kasih kepada jiran tetangga yang datang ke majlis tersebut. Sekitar gambar majlis tersebut

Peraraakkan meraikan adik Mohd Irfan dan adik Mohd Sazwan


persembahan nasyid dari kalangan ahli keluarga cikgu zamri

sebelum majlis khatam quran oleh adik Irfan dan adik sazwan

marhaban dan berzanji


inilah cikgu zamri ye.....

Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09