SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Thursday, August 27, 2009

Program KCW - Ramadhan Datang Lagi

Setelah lama tidak mengadakan perjumpaan maka pada 20 Ogos 2009 kami para sukarelawan komuniti Cemara West telah berjumpa dan berbincang tentang aktiviti selanjutnya khususnya sempena Ramadhan tahun ini. Maka telah diputuskan bahawa komuniti Cemara west akan mengadakan sekali lagi program tahunan iaitu "Majlis Berbuka Puasa dan Kacau Dodol untuk tahun ke-3" yang dijadualkan pada 5 September 2009 bersamaan hari Sabtu bertempat di koner kambing @koner 7 Eleven bersebelahan rumah No. 68 Cemara 11. Fliers untuk majlis tersebut akan di keluarkan sebelum 29 Ogos 2009 dan akan diedarkan ke semua rumah komuniti Cemara West.

Semoga dengan adanya program berterusan sebegini akan memeriahkan lagi sambutan Ramadhan dan Syawal pada tahun. Sokongan padu dari penduduk setempat amat kami hargai agar program ini berjalan dengan jayanya.

Terima kasih kepada yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama memberi input dalam program yang bakal dijalankan kelak



Wednesday, August 19, 2009

MAJLIS BACAAN YASSIN DI RUMAH PN LAILI

Pada 15/8/09 Majlis bacaan yassin telah diadakan di rumah puan Laili,instructor senamrobik setiap sabtu dan Ahad yang di adakan di tepi kawasan tadahan hujan antara jalan Flora dan Anggerik.Majlis ini juga menjadi majlis penutup sebelum ramadan dan syawal.InsyaAllah majlis bacaan yassin akan di sambung kembali dalam bulan disember nanti.Selamat Berpuasa kepada semua sahabat Yassin.Gambar sekitar majlis yang sempat diambil.


Tuesday, August 18, 2009

Yassin Di rumah Pn Noni

Disebabkan kesebokan tugasan dan kerja-kerja yang tidak pernah habis menyebabkan blog ini juga tidak di kemas kini. Harap maaf.

Pada 8 Ogos yang lepas di rumah Pn Noni telah diadakan kenduri Yassin dan Tahlil arwah. Atas kesepakatan di kalangan jiran-jiran di Cemara West kami telah bersetuju untuk menyediakan juadah dan lauk pauk secara gotong royong. Kerja-kerja penyediaan telah bermula seawal 9 pagi dan hinggalah majlis berakhir pada jam 12.00 malam. Majlis bacaan yassin telah diadakan serentak buat kaum muslimin dan muslimat yang melibatkan kejiranan Cemara West, jemputan dari surau alhidayah dan juga jemputan dari tuan rumah. Kehadiran yang amat baik sekali pada malam tersebut dan cuaca juga baik sekali tanpa hujan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan lauk pauk hinggalah mencuci pinggan mangkuk dan seterusnya menyimpan barangan yang digunakan. gambar sekitar majlis tersebut.

suasana sewaktu gotong royong penyediaan makanan






sekitar pada malam majlis bacaan yassin



Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09