SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, April 27, 2009

Program Ziarah Yassin Cemara

Kumpulan Yassin Cemara meneruskan tradisi kunjung mengunjung kepada ahlinya, kali ini kerumah Ustazah Zurinah yang baru melahirkan anak perempuan pada baru-baru ini di rumah No. 59 Cemara 11 dan juga ke rumah Pn Siti isteri kepada Rahim di rumah No. 42 Cemara 11 juga baru sebulan menerima cahaya mata perempuannya. Tahniah kepada pasangan tersebut semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga. Pihak Yassin Cemara telah menghadiahkan cenderahati sebagai tanda ingatan dari pihak komuniti.

Ketua Yassin Cemara, Pn Zaiton sedang mendokong baby anak kepada Ustazah Zurinah bersama rakan-rakan Yassin Cemara


Pn Siti tidak ada di Saujana Utama kerana terpaksa balik kampung atas sebab-sebab tertentu dan hadiah diberikan kepada anak sulong beliau.

Yassin Di Rumah Pn Yati

Pada hari Sabtu lepas bersamaan 25 April 2009 telah diadakan program bacaan Yassin dirumah No. 57 Cemara 11. Sekitar gambar program tersebut.




Jadual Terkini Majlis Bacaan Yassin Kumpulan Yassin Cemara

9 Mei 09 Rumah Pn Hasnah no 47 Cemara 11
23 Mei 09 Rumah Pn Syikin 66 Cemara 11
20 June 09 Rumah Pn Noni no 46 Cemara 11
18 Julai 09 Rumah Pn Nik Hamidah no 48 Cemara 11
25 Julai 09 Rumah Pn Zaiton no 50 Cemara 11

Thursday, April 16, 2009

Rangka Program Cemara West

Pada mesyuarat yang diadakan pada malam semalam bertempat di rumah No.66 Cemara 11 (rumah Shuhaimi) telah memutuskan beberapa program sehingga bulan Julai 2009. Namun sekiranya ada perubahan di saat akhir pihak pengurusan CW akan maklumkan kepada semua. Antara program yang diputuskan adalah seperti berikut;

1. Program Gotong Royong & Kitar Semula
Tarikh : 9 Mei 2009 (Sabtu)
Masa : 8 pagi
Berkumpul : Koner Kambing @Seven 11

2. Malam Puisi Cemara West 2009
Program lebih kepada deklamasi sajak atau syair. Terbuka untuk kanak-kanak,
remaja dan dewasa. Detail program akan di beritahu kelak.
Tarikh dicadangkan : 20 Jun 2009
Waktu : Malam

3. Pertandingan Memasak kaum Bapa & gubahan bunga bagi kaum ibu
Terbuka untuk semua warga cemara west. Kita akan dapat sponsor untuk program
ini. Detail program akan diberitahu kelak.
Tarikh dicadangkan : 25 Julai 2009
Waktu : Siang
Lokasi : Koner Kambing/Seven 11

Segala program adalah tertakluk kepada perubahan dan pihak pengurusan akan mewar-warkan semua program yang akan dijalankan. Semoga dengan adanya rangka program ini akan memudahkan para penduduk membuat penyelarasan untuk mengikuti program yang bakal dijalankan.

Sunet @ Sinar Harian

Sebagai tanda sokongan kepada program portal komuniti saujanautama.net kami paparkan keratan akhbar dari Sinar Harian bertarikh 16 April 2009. klik at picture to enlarge size.

Tuesday, April 14, 2009

Gambar sekitar Boling SUNET 2009

Pada hari Ahad bersamaan 12 April 2009 bertempat di U Bowl @One Utama telah berlangsung acara boling dianjurkan oleh komuniti website "saujanautama.net". Ramai kalangan warga Cemara West telah menyertai pertandingan ini sebagai wadah untuk beriadah dan juga bermesra dengan rakan-rakan dari seluruh fasa di Saujana Utama. ianya merupakan satu pertandingan terbesar di SU yang disertai oleh semua taman di Saujana Utama dan sekitarnya. Tahniah kepada warga Cemara West yang sentiasa komited dalam menyertai program kemasyarakatan setempat.

Gambar beramai-ramai sebelum pertandingan bermula

Geng C11 dari kiri Is, Ila, Dila & Has

geng Bowlerama : Aiman, Ramli, hayati & suhaila

SMK 1 : Cikgu Ina (no.2 dari kiri) bersama rakan-rakan cikgu

Geng belasah je : Ku Shahiran (no. 2 dari kiri) bersama geng dari SU2, Rose & Pristana

Geng Kudin :Solihin & wife, Noni dan kudin & famili

Ten2Ten : Zainuddin,Hasan, Ana & Anis

Noni dapat tempat ke-4 kategori individu perempuan

Ana dapat hadiah juga

Din & famili tengah menjamu selera....tunggu keputusan la

Solihin & Sam tengah layan sementara tunggu result keluar diperhatikan lanrambai & jemay

Aksi-aksi main boling da



Monday, April 13, 2009

Majlis Bacaan Yassin di rumah Pn.Syikin

Pada 11 April bersamaan hari Sabtu yang lepas,telah berlangsung majlis bacaan yassin di rumah pengerusi Komuniti Cemara West,saudara Razip dan Pn Syikin.Majlis bacaan yassin dan doa selamat telah dipimpin oleh Pn Nik Hamidah.Jumlah ahli yang hadir lebih kurang 25 orang.

Diharapkan aktiviti yang menjadi penghubung silaturrahim antara komuniti cemara ini berterusan selamanya.





Tuesday, April 7, 2009

JADUAL MAJLIS BACAAN YASSIN KUMPULAN YASSIN CEMARA

Berikut adalah tarikh yang telah ditempah oleh tuan rumah:

11 April 09 Dirumah Pn Syikin di no 98 Cemara 7
18 April 09 Dirumah Pn Yati di no 57 Cemara 11
23 Mei 09 Dirumah Pn Sapiah no 45 Cemara 11
20 June 09 Dirumah Pn Noni no 46 Cemara 11
18 Julai 09 Dirumah Pn Nik Hamidah no 48 Cemara 11
25 Julai 09 Dirumah Pn Zaiton no 50 Cemara 11

Program Yassin Di Rumah Ana Ten2Ten

Program Yassin telah mula kembali setelah berehat buat seketika atas kesibukan dengan aktiviti lain. Bermula pada 28 Mac 2009 yang lalu dirumah Pn Rofina dan ikuti pada Sabtu yang lepas 4/4/2009 di rumah Pn Ana isteri kepada Din Ten2Ten. Di fahamkan sambutan amat baik sekali semoga ianya akan dapat di kekalkan selamanya. Gambar banyak yang rosak disebabkan kesilapan teknikal dan akan di perbaiki untuk program seterusnya.



Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09