SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Monday, February 23, 2009

Friendly Match...CW vs Flora

Lawan tetap lawan.....itulah kata semangat untuk para pemain untuk semua acara yang disertai, kalah menang belakang kira janji kita turun untuk bertarung, Kami tetap bersemangat walaupun tak menang acara sukan yang telah dipertandingkan namun semalam hari Ahad 22/2/2009 bertempat di padang SMKSU jam 6 petang telah berlangsung perlawanan persahabatan antara pasukan bola CW dan juga Flora. Walaupun hujan turun dengan lebatnya, kami tetap meneruskan perlawanan sehingga pukul 7 petang. Perlawanan berkesudahan CW =1, Flora 3 dan gol pembukaan oleh pihak CW.

Gambar bersama pasukan flora sebelum perlawanan bermula


walaupun hujan lebat permainan tetap diteruskan




Bulan Sukan SUTRA , Vol. 1

Bersempena bulan Sukan SUTRA sepanjang bulan Februari ini, maka pihak komuniti Cemara West tidak ketinggalan untuk menyertai semua permainanan yang di pertandingkan iaitu Takraw, ping pong, bolasepak dan juga bola jaring. Pada hari Sabtu yang lepas 21/2/2009 telah berlangsung acara takraw dan juga ping pong. Acara takraw diadakan di gelanggang SMKSU pada sebelah pagi manakala sebelah petang acara ping pong berlangsung di bangunan Kidas sehingga jam 10 malam. Kemeriahan amat terasa oleh semua peserta. Bagi Cemara West walaupun tidak menang tapi semangat kesukanan dan juga komitten pihak pengurusan CW yang ditunjukkan amat dicemburui oleh pasukan lain. Keputusan bagi acara takraw, CW menduduki tempat ke 5 & 6 manakala acara ping pong mendapat tempat ke 4. Tahniah untuk semua peserta dan juga yang terlibat atas semangat yang anda semua tunjukkan.

Lihatlah saja sebelum kami bertolak ke SMKSu untuk acara takraw, berkumpul beramai-ramai bersama banner kata-kata semangat.

siap dengan pakai jersey lagi sebelum bertolak
sebelum perlawanan antara Cemara B lawan Lili B

sebelum perlawanan antara cemara A dan Lili A

Gaya dan kesungguhan oleh para pemain

setelah penat berlawanan, berkumpul sambil menjamu selera


Sebelah petang, tepat jam 3.00 perlawanan pertama antara Razip CW dan Mamat Agk

Bergu pasangan bang Lan dan Amir

bergu solihin dan Ku Shahiran

Sunday, February 15, 2009

Persiapan menjelang Jamuan Tahunan Cemara West

Walaupun hari jamuan Tahunan Cemara West beberapa minggu lagi,namun persiapan sudah mula diadakan.Sabtu,14 Febuari telah diadakan gotong royong membungkus hadiah untuk acara sukaneka kategori kanak-kanak.Sebanyak 160 bungkus hadiah telah disiapkan.

Jutaan terima kasih kepada kaum ibu yang sudi meluangkan masa menyiapkan tugas tersebut.Terima kasih juga kepada team kaum ibu yang pergi membeli hadiah di Mydin,USJ.







Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09