SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI

Sunday, December 21, 2008

BULAN SUKAN CEMARA WEST...VOL.1

Kehangatan bulan sukan cemara west sudah bermula.Sebagai pembuka tirai,acara badminton perseorangan dan bergu wanita telah diadakan pada mlm jumaat lepas.Perlawanan bermula jam 9 mlm dan ditamatkan lebih kurang jam 12 mlm.
Tepukan semangat dari anak-anak membuatkan suasana menjadi gamat sekali.Keletihan mula terasa bila hampir ke masa penentuan tempat pertama,kedua dan ketiga.
Ada yang mula sakit perut, ada juga yang dah sakit lutut,ada juga yang tersungkur mencium tanah, dan ada juga yg terpukul kepala 'patner' sendiri.
Berbekalkan semangat kesukanan yg tinggi,akhirnya perlawanan dapat juga dihabiskan.

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PERLAWANAN BADMINTON PERSEORANGAN WANITA.

Tempat Pertama : Puan Noni-46 cemara 11
Tempat Kedua : Puan Nik Hamidah - 48 cemara 11
Tempat Ketiga : Puan Ina - 65 cemara 11

PERLAWANAN BADMINTON BERGU WANITA.

Tempat Pertama : Puan Ina Solihin/Puan Noni
Tempat Kedua : Puan Mala/Puan Nik Hamidah
Tempat Ketiga : Puan Laily/Puan Ina Harun


TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!








Monday, December 1, 2008

Majlis Bacaan Yassin Di Rumah Pn Zaiton

Seperti yang diwar-warkan pada hari Sabtu lepas bersamaan 29 Nov 2008 telah berlangsung majlis bacaan Yassin dirumah Pn Zaiton yang juga ketua bagi kumpulan ini. Majlis bermula lebih kurang jam 5.15 petang dan berakhir pada jam 6.45 petang. Walaupun pada cuti sekolah namun majlis berjalan seperti yang dirancangkan.

















Hutan Lipur Lentang 6 & 7 JUN

PROGRAM GOTONG ROYONG/KITAR SEMULA - 17 Mei 09